Wednesday, July 22, 2009

Muhasabah Diri

Rasanya sesuai tak tajuk entry ni.Tapi itulah yang nak dientrikan ini setelah berminggu-minggu tak entri ke blog ni.Dlm berminggu-minggu ni banyak peristiwa yang berlaku...cuma peristiwa yang berlaku sampai double peristiwa yang lebih kurang sama berlaku.Pertamanya dlm awal bulan ni...kami sekeluarga dikejutkan dengan berita adik ipar nini 'dinaikkan pangkat' ke Kota Bharu.Tapi rasanya mustahil nak terima tawaran tu sbb adik terikat dengan kejenya di sini.Dengarnya ada unsur sabotaj gak...tak tau le nak cakap....akhirnya adik ipar mohon berhenti walaupun berat hati sbb dah 15 thn berkhidmat dgn syarikat tu. Hidup ini ibarat roda,,...adakalanya kita akan berada di atas tetapi adakalanya kita akan berada di bawah....Insyaalah ada rezeki di tempat lain.Ibarat kata bekas GPK 1 SMK Hamzah,Machang,...jika kita dah berada di zon paling selesa...kita berasa amat sukar untuk merubah kedudukan kita walaupun itu untuk kebaikan kita.Peristiwa yang lebih kurang sama juga berlaku pada teman rapat nini. Rasanya kalau nini berada pada tempatnya...akan bertindak yang sama kut...majikan tidak berbincang bila terdapat perubahan yang nak dilakukan.Rasanya perbincangan akan meredakan hati semua pihak.Cubalah rasa bila kita berada pada tempatnya.Bila suka ambil,bila tak....Nini sangat harapkan kalau nini diduga sedemikian...nini akan tabah dan dapat menghadapinya........
Keduanya.....pada hari Selasa 2 minggu lepas,pergi ziarah isteri kawan baik suami kat HTAA...doktor suspect ada batu karang dalam hempedu....simpati kat dia sbb suami dia dah sambung PHD sepenuh masa di UTM,Johor dan mak ayah kat Kuala Lipis. Dengarnya minggu depan nak buat laser kat KMC. Tunggu kat HTAA lambat sangat. Dlm minggu yang sama dengar pulak suami kak Ina nak kena buat pembedahan kesan batu karang dlm hempedu gak.Sampai hari ni kak Ina masih MC. Rasa terkejut tu bila lepas pembedahan,suami kak Ina kena masuk ICU sehari. Alhamdullillah...sekarang kat wad biasa. Dlm beberapa hari ni dengar pulak kak Ani sakit kat HTAA.
Bila dengar semua yang berlaku...rasa beratnya......apatah lagi yang menghadapinya.Kami pun diduga juga...cuma bila muhasabah diri semula...adakah dugaan yang kita hadapi ini berat berbanding dengan dugaan yang dihadapi oleh orang lain....
Dugaan yang dihadapi oleh setiap insan itu adalah atas kemampuan masing-masing cuma nini selalu berdoa agar nini diberi sepenuh kekuatan untuk menghadapinya.
Ada juga teman yang nasihatkan bila hadapi dugaan...baca Surah Al-Insyirah.