Sunday, September 4, 2011

Kehadiran Fezzy Sekeluarga

Alhamdulillah,semalam hari raya ke 5,Fezzy sekeluarga plus mak mentuanya berhari raya ke rumah nini.Kebetulan dia ke rumah sepupu suaminya di Balok. Nini dan anak2 je yang menyambutnya.Suami dah ke UM pada raya ketiga kerana keja belajarnya. Walaupun tak pandai masak nasi daging tapi alhamdulillah itulah juadah hari raya semalam.Setakat masak untuk keluarga bolehlah. Jumpa Fezzy ibaratnya tak cukup masa nak bercerita lah.Dari satu cerita ke satu cerita. Dok dalam sejam setengah pun rasa cepatnya masa berlalu.

One year...

Siapa yang dah berumur setahun tu...siapa lagi kalau bukan Raudhah Hasya yang dilahirkan 14 Ramadhan tahun lalu bersamaan 25 Ogos 2010. Setahun,cepatnya masa berlalu. Tiada sambutan yang khusus untuknya cuma daripada umi,..doa agar Raudhah Hasya sihat sentiasa dan membesar menjadi insan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat insyaallah. Ingatan seorang umi untuk anakanda sudi cukup daripada segala2nya. Berkongsi ingatan yang sama adalah Raudhah Hidanah yang genap 6 tahun pada 10 Ogos 2005.
p:s cuma Raudhah Hasya ni beratnya 7 kilo.tak naik2 sejak bulan lepas.bulan depan kena checkup lagi