Wednesday, March 13, 2013

Percaya Kepada Air Penawar atau Solat Hajat Oleh Org Lain

Bismillahirrahmanirrahim,...... Syukur Ya Allah masih diberi kesempatan menulis. 2 bulan berdiam diri bukan bermakna tiada apa yang berlaku.Setiap kita diberiNya ujian,..setiap masa dan ketikanya. Hari ini ingin berkongsi cerita berkenaan seorang sahabat lama yang sangat percaya kepada air penawar dan meminta kepada org lain(bukan ustaz)-pengamal perubatan tradisional kut.,...tapi tak ada apa2 pentauliahan pun untuk sembahyang hajat untuknya. Sebagai seorang Islam,kita wajib sesungguhnya percaya kepada kekuasaan Allah SWT dan percaya kepada kekuatan doa dan segala solat hajat kita sendiri. Kenapa mesti nak mengharapkan sesuatu melalui org lain? Tambahan lagi cerita berkenaan sahabat lama ni lagi,dia telah menjadikan keluarga itu keluarga angkat sedangkan tiada hubungan muhrim di situ.Ya lah bapa dan ibu angkat plus adik beradik angkat.Rasanya lebih baik pereratkan hubungan sesama ibu bapa sendiri dulu,pakcik dan makcik sendiri dulu,adik beradik sendiri dulu. Alhamdulillah ingin menambahkan saudara baru tetapi janganlah keluarga sendiri ditinggalkan,orang lain dalam diam akan ambik kesempatan(duit bayaran air penawar dan solat hajat). Sahabat lama ni dulu tak la sesenang mana tetapi setelah kewangan stabil,...ujian melanda.dulu tiada siapa yg nak diangkatkan tapi alhamdulillah boleh melalui ujian susah itu. Kini,...semua inginkan dia,...dia dalam dilema.Ya Allah,..bantulah dia,... Ini antara intipati drpd Blog http://khadeejahaneema.blogspot.com Inilah yang sebenarnya.Penawar sebenarnya..... surah-surah penawar utk penyakit Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW). Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya saya berkemampuan untuk menyiapkan website ini. Saya berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Quranic Medicine), iaitu perubatan yang saya namakan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam. Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu. AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya. - Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) - Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil. - Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang. - Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks. - Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit. - Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi. - Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki. - Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan. - Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit. - Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness". Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Seringkali kita sukar memilih yang benar dan yang salah tetapi yakinlah Allah SWT sentiasa ada bersama kita. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Friday, January 18, 2013

RAUDHAH HASANAH KE SBPI PEKAN(InStar)

Alhamdulillah......akhirnya pada 7hb Januari 2013 yang lalu Raudhah Hasanah ke SBPI Pekan(InStar).Yang Terbaik DrNya.Itulah yg boleh dikatakan.Kita sebagai manusia terlalu banyak perancangan terutama bila melibatkan perancangan untuk anak2.Sebenarnya Dia telah menyusun yang terbaik buat kita.Kita mesti redha dengan ketentuanNya. Sebagai ibubapa,kami redha Raudhah Hasanah ke SBPI.Wlaupun tak dpt ke sek yg diingini tetapi alhamdulillah Dia telah beri yg sesuai untuk anakanda tersayang. Pd 2013 ini,pelajar t1 akan terlibat dgn program tahfiz satu ayat sehari dan menjangkakan 8/9 juz bila habis SPM.Walaupun prog ini tak sampai ke 30 juz,kami mengharapkan anakanda akan terus istiqamah untuk buat semaksima mungkin.InsyaAllah. Semoga kemenjadian anakanda sebagai seorg muslimah akan terlaksana.Amin.

Thursday, December 13, 2012

12.12.12-Riyadh Haziq 10 thn

Riyadh Haziq dah cecah 10 thn. Semoga anakanda dikurniakan segala kebahagiaan pada hari ini dan semoga menjadi anak yg soleh,...amin...

9hb Till 11hb Disember- 2 in 1- Dungun,Trengganu

2 in 1,....sambil bw anak2 ke kolam dan pantai d Dungun,Raudhah Hasanah ke sesi temuduga ke3.Hanya berserah pnNya. Kami ke Ulek Beach Resort,...sgt ok cuma adalah sikit2 yg kurang,biasalah tu.

di Pantai yg indah pemandangannya
di cafe Ulek
di bilik Ulek
di HOLAWEST,tempat makan di Dungun,...sedap dan unik,..kreatifnya empunya kedai.
apa2pun gambar di sesi temuduga ke3 tak diambil....hanya kenangan di hati kami.

5hb Disember-Interview Session

Masih berusaha utk Raudhah Hasanah.Yg terbaik hanya drNya

27hb November-Riyadh Haziq dah dewasa

Alhamdulillah Riyadh Haziq dah dewasa.tak menangis pun.perancangannya nak buat di Kuantan Medical Centre tapi kat klinik suami rakan sekerja juga akhirnya.semua ketentuanNya.Jagaan mcm org berpantang.lebih kurang 10 hari jugak

24hb November(8.30 mlm)-Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah dapat adakan majlis doa kesyukuran- pertama:akikah Raudhah Hasya, kedua:Raudhah Hasanah dpt 5A,ketiga:Riyadh Haziq akan berkhatan pd 27hb,keempat:utk abi anakanda2 tersayang(semoga dapat teruskan usaha) Hanya buat majlis kecik je