Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day.....

Sebenarnya tak le meraikan hari bapa ni...sbb setiap hari adalah hari yang istimewa. Cuma nak buat beberapa aktiviti bersama anak2 je dan memenuhi permintaan anak2 yang lebih advance drpd kita. Kena ingatkan jugak kat anak2 ni bahawa yang penting ialah sampaikan kasih sayang yang sebenarnya kepada abi mereka. Jadi kami pun buat muffin cokelat bersama2. Semalam g beli 6 btg pokok untuk menambah kehijauan di rumah ni atas permintaan abi. Mlm tu pulak sekeluarga ke Restoran Sate Zul. Makan sate di samping menu kesukaan masing2.

Friday, June 12, 2009

PERJALANAN SEKILAS MASA

Siapa pernah dengar title ni kat mana2.Bagi yang pernah pegi ke Petrosains inilah 'tagline' yang digunakan semasa nak entry.

Hari ni baru nak entry pasal kami sekeluarga ke Kuala Lumpur.Nini,suami dan 3 anak bersama mak,engku(ayah) dan keluarga adik(nita,joe dan najwa) juga bazilah(pengasuh najwa+ sepupu kami).

*******8 hb Jun(Isnin)*****************
Kami keluar rumah dlm pukul 9.30 pg atas sbb2 tertentu.Biasalah kalau berjalan2 ramai ni.Nak ke KL ni pun berdebar gak sbb suami memang 'fail' kalau bab masuk kl ni. Cuma kami harap dapat ikut pemandu cekap seorang lagi tu,siapa lagi adik ipar le.
Alhamdulillah.....kami berjaya sampai ke destinasi pertama iaitu zoo negara.Nita nak sangat bawak najwa tengok haiwan di zoo.Memang teruja budak2 kecik tu.Cuma rasanya tak sama zoo taiping yang jauh lebih bersih dan lebih terurus pentadbirannya.Haiwan2 pun macam nampak kurang je.









Selepas pegi zoo,kami g check in ke Ancasa Hotel dlm pukul 4.00 petang.Alhamdulillah sampai sebelum abis waktu keje kalau tidak.....itupun follow terperinci kereta adik,takut tersesat.

Malam tu.... 3 org anak ni ditinggalkan kat mak sbb kami nak g shopping ke Sogo.Kami g berlima je.Kalau bawak tak tau le....Best...ada sale..ada sepasang 2 untuk anak2.Tak sempat sakan nak shopping sbb g kul 8.00 balik kul 9.30 sbb tutup 9.30 mlm.Tapi oklah..berpada2 nanti yang tak dirancang pun abis g beli.

*************9 hb Jun(Selasa)*****************
Today is our day.Maksudnya nini dan suami akan bawa 3 org anak kami ke destinasi seterusnya....PETROSAINS dan AQUARIA. Rupanya naik turun LRT kat KL ni kena cekap gak. Anak2 suka le sbb tak pernah naik train ni.Macam2 ditanyanye...Paling best bila dapat masukkan tiket untuk entry. Mak dah pesan pegang anak2 tu......beg duit tu bawa elok2...

Kami naik LRT dari Plaza Rakyat ke Masjid Jamek lepas tu tukar LRT PUTRA ke KLCC.Kami g ke Petrosains dulu.Alhamdulillah....dapat beli tiket...ramai nye orang...itupun tiket masuk pukul 2.30 petang. Sementara tunggu masuk, dalam pukul 11.30 kami ke AQUARIA dulu. Dlm ni gelap so kena selalu perhatikan anak2. Anak2 teruja tengok ikan dan hidupan laut kat dalam tu.Banyaknya ciptaan Allah di lautan.Itu yang dapat.....
Di Aquaria
Lepas tu dlm pukul 2.00 kami ke Petrosains.Ramai dah beratur.Hida pulak tidur.Penatnye abi kena dukung dia.Lebih kurang 3.00 petang baru boleh masuk dalam 'Perjalanan Sekilas Masa'.Pengalaman dalam Petrosains ni memang seronok. Kami dapat cuba semua yang ada dalam ni.Tak tahannye anak2 ni semua nak dicubanya..bukannya sekali tetapi berkali2.
Setelah cuba semuanya...masa untuk balik....tak larat dah nak beratur so kami decide naik lif je.Nak tunggu berjam2 la pulak....
Di Petrosains
Malam ....bagi anak2 relax kat hotel je. Mak pun tak larat. Nini,Nita dan Joe ke Restoran Nelayan.Beli takeaway je.Sesat jugak adik ipar nini ni. Duduk kat sini telah mengimbau kenangan semasa keluarga Gayah bawa nini makan kat sini kira2 20 tahun lalu. Rasanya masa tu kecil je restoran ni.Kalau tak silap lah.

*************10hb(Rabu)*****************
Waktu breakfast dan Waktu nak balik
Time to go home....Home Sweet Home. Masa balik...kami kena balik berasingan sbb suami keje ari Khamis. Satu kereta lagi ke destinasi yang akhir iaitu ke rumah pakcik kami di Serendah.Singgah umah kawan Nita d Sg Choh antar kiriman keropoknya.
Akhirnya kami sampai pukul 4.30 petang di rumah.
Alhamdulillah akhirnya kami dapat bercuti sekeluarga.Cuma terkilan sbb fadzlee(adik) dan isteri tak dapat bersama. Dia keje kat Johor.Isterinya pulak dalam proses nak tukar ke Johor.Balik kampung ke Perak. Nak berkumpul 3 keluarga.....tak tau le bile...semuanya ketentuanNya.

(Antara gambar2 waktu mula perjalanan dan perjalanan balik....tengok 2 org tu keletihan)
oops sory gambar plastic sogo je sbb tak ingat nak ambik gambar masa g ari tu.