Thursday, December 13, 2012

12.12.12-Riyadh Haziq 10 thn

Riyadh Haziq dah cecah 10 thn. Semoga anakanda dikurniakan segala kebahagiaan pada hari ini dan semoga menjadi anak yg soleh,...amin...

9hb Till 11hb Disember- 2 in 1- Dungun,Trengganu

2 in 1,....sambil bw anak2 ke kolam dan pantai d Dungun,Raudhah Hasanah ke sesi temuduga ke3.Hanya berserah pnNya. Kami ke Ulek Beach Resort,...sgt ok cuma adalah sikit2 yg kurang,biasalah tu.

di Pantai yg indah pemandangannya
di cafe Ulek
di bilik Ulek
di HOLAWEST,tempat makan di Dungun,...sedap dan unik,..kreatifnya empunya kedai.
apa2pun gambar di sesi temuduga ke3 tak diambil....hanya kenangan di hati kami.

5hb Disember-Interview Session

Masih berusaha utk Raudhah Hasanah.Yg terbaik hanya drNya

27hb November-Riyadh Haziq dah dewasa

Alhamdulillah Riyadh Haziq dah dewasa.tak menangis pun.perancangannya nak buat di Kuantan Medical Centre tapi kat klinik suami rakan sekerja juga akhirnya.semua ketentuanNya.Jagaan mcm org berpantang.lebih kurang 10 hari jugak

24hb November(8.30 mlm)-Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah dapat adakan majlis doa kesyukuran- pertama:akikah Raudhah Hasya, kedua:Raudhah Hasanah dpt 5A,ketiga:Riyadh Haziq akan berkhatan pd 27hb,keempat:utk abi anakanda2 tersayang(semoga dapat teruskan usaha) Hanya buat majlis kecik je

24hb Nov-Interview Session

Walaupun terlambat tapi nak tulis juga di blog yg sekjap buka sekjap tak... Raudhah Hasanah ke sesi temuduga.,,,,,,hanya Allah SWT yang tahu yg terbaik buat hambaNya.

Sunday, November 25, 2012

First MEGA Achievement-Raudhah Hasanah

Alhamdulillah,pada 19hb 11 baru ni,penantian menunggu result UPSR telah berakhir. Kisah Raudhah Hasanah,...,,,,,.. Bermula drpd PASTI di Kok Lanas,Kelantan, telah belajar 3M secara formal yg pentingnya skil pergaulan dia bermula disitu bila msk pertandingan nasyid peringkat daerah.msk Tadika Kemas di Kg Belukar, bukan di sekolah swasta yg merupakan pilihan ibubapa sekrg.Pd thn 2007,kami daftarkan hasanah di SK Sg Isap dan mengharapkan dia mendpt pendidikan di situ tapi oleh kerana masalah pengangkutan dan masalah trafik yg teruk di situ kami decide tukar ke SK Permatang Badak. Apa yg Allah SWT telah susunkan utk setiap diri kita amat cantik dan kita mesti redha dgn semua ketentuanNya.Walau bagaimana cantik pun susunan kita,terlalu jauh apa yg nak diberikan pada kita kelak. Selama 6 thn Hasanah di SK Permatang Badak banyak pencapaian yg diperolehinya,hasil garapan padu guru2 yg mengajar dia.Ditambah pula pd waktu petang ke SRA KAFA AlUbudiah,Tmn Guru. Kami sentiasa mendoakan dia belajar semua ilmu di sekolah dan dpt menjadikan dia seorg yg solehah dr semua segi,kepada semua org dan yg penting ketaatan dia kpd Allah SWT.Pd hari Sabtu dan Ahad kami hantar ke tuition BI di Bukit Setongkol agar dia tidak ketinggalan menguasai satu lg bahasa yg penting.Tak nak dia jd mcm kami yg lambat menguasai bhs yg penting tu. Walaupun byk korbankan masa di hujung minggu tapi rasanya berbaloi melihat dia tidak bermasalah dlm subjek tersebut di sekolah. Betul juga pegangan beberapa rakan,biar kita lihat dan rasa susah semasa menghantar dan memberi ruang ms untuk anak2 belajar,insyaallah suatu hari nanti kita tidak rasa terkilan tidak memberi peluang yg banyak untuk dia belajar sejak kecil lagi. Sebenarnya hasanah lebih terserlah kpd penguasaan bahasa arab dan jawi jadi insyaallah selepas keputusan UPSR diumumkan,hasrat memang nak hantar dia ke sekolah aliran agama tapi sekali lagi ketentuan Allah SWT itu lebih besar dan manis buat kita. Dah lama menaip ni,lupa pulak nak taip Raudhah Hasanah dapat 5A dlm peperiksaan UPSR baru2ni. Ramai yg kata UPSR bukan apa2pun tapi bagi kami kejayaan yg dia perolehi adalah natijah dari usaha yg kuat bukan dia sahaja malah guru2 siang dan malam bg memastikan anak2 didik mereka capai apa yg telah diusahakan itu. Semlm Raudhah Hasanah ke temuduga SBPI Pekan atas kuota pengetua,(mcm susah je) tapi tak pe dia dah usaha yg terbaik. Insyaallah 8 hari lagi dia dapat satu lagi temuduga. Apa2pun kami mengharapkan yg terbaik untuk dia agar dia dapat meneruskan lagi usaha menambah segala ilmu dan menjadi insan solehah serta berbakti pd agama,bangsa dan negara kelak. Raudhah Hasanah,perjalanan hidup msh panjang(insyaallah).......jadi kejayaan dlm UPSR ini hanya satu persinggahan minum seteguk air untuk menghilangkan dahaga. with BFF Sh Anis Zulakha(sgt mengharapkan dapat ke sek men yg sama.

Wednesday, May 30, 2012

Things To Share With U


WENT TO TURKEY ALONE

WENT TO KL WITH FAMILY

ADIL TAK?TAK LAGI.SO G MANE NEXT WEEK?

Saturday, February 4, 2012

LA TAHZAN

Salam.....lamanya tak menulis...hari ni dengan title La Tahzan nak mulakan tulisan ni.La Tahzan Jangan Bersedih...ini perkataan yang sedang di fikiran.Rupanya ada sebuah buku karangan popular yang tak sempat dibaca sebelum ni.Hampir setahun juga ini banyak yang berlaku dan bila difikirkan banyak hikmah yang Allah SWT susunkan buat kita. Cabaran En Rafik belajar,..walaupun tidak di tempat yang diidamkan oleh org lain tetapi masa ini dipenuhi dengan ziarah mak mertua yang sendirian meniti usianya juga memicit kaki dan badan mak nini sendiri bila dia kesakitan.Rupanya cabaran yang dihadapinya telah dipermudahkan.Alhamdulillah.
Cabaran untuk meninggalkan sesuatu yang dimiliki dan sangat disayangi,sekali lagi perlukan pengorbanan.Walaupun begitu kami merelakan dengan memikirkan hikmah yang sudah tentukan buat kami.Semoga hati kami menerimanya.Insyaallah.Alhamdulillah.
Cabaran ditinggalkan menguruskan keluarga tatkala En Rafik tiada,...juga tidak dirasa orang lain,dengan cabaran anakanda ke3 yang tidak dapat meneruskan sekolah di Sek Ren Agama yang diinginkan oleh kami,..Walauapapun.semuanya Allah SWT permudahkan.Alhamdulillah.
Setelah semua ini berlaku...perkataan ini yang tiba2 datang ke fikiran.walaupun perkataan ini pernah sekilas dibaca di status facebook.
LA TAHZAN ,..sebenarnya banyak kupasan dan intipati dalam buku ini,..cuma nini letakkan beberapa yang ada kenanya dengan MaulidurRasul esok.
Rasulullah juga bersabda, "Barangsiapa yang selalu melatih dirinya untuk
bersabar, maka Allah akan membuatnya menjadi penyabar."

Ada banyak faktor yang membuat kecintaan para sahabat terhadap
Rasulullah s.a.w. semakin besar. Diantaranya, saat bersama Rasulullah s.a.w."
mereka senantiasa merasakan kenikmatan hidup, saat berada di dekatnya
mereka merasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati, saat berada
di bawah payung ajarannya mereka merasakan ketenteraman, dengan
mematuhi perintahnya mereka mendapatkan keselamatan, dan dengan
meneladai sunah-sunahnya mereka mendapatkan kekayaan batin.

Ya Allah,...hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan hanya Engkau tempat kami memohon perlindungan.
{(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.
Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka
tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah
mempunyai karunia yang besar.}
(QS. Ali 'Imran: 173-174)