Thursday, May 28, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA

Ari ahad lepas 24hb Mei,kami sekeluarga dapat berjumpa lagi saudara mara sempena perkahwinan sepupu(anak sulung adik perempuan mak yang bungsu).Masa ni lah nak berjumpa....

.
(Gambar dgn 'tuan rumah'-mok su)
(Sekitar kenduri di rumah di Batu 12)
(Masa majlis akad nikah di masjid)
TAHNIAH UNTUK JUE DAN ZACK.
p.s:
my 5 Ilmu SSPians...sorry tak dpt join reunion kat umah shidah..this is my reason...can accept or not?

Monday, May 18, 2009

HARI INI........

Nini nak kongsi apa yang berlaku dlm 2-3 ari ini.Semua dah tahu 16 Mei thn ni jatuh pada ari Sabtu.SMK Paya Besar anjurkan LADAP(Latihan Dlm Perkhidmatan).Ceramah yang diberi hingga pukul 1 tgh tu sangat menarik dan ada kesannya.


(Diambil drpd blog SMK Paya Besar)

Pada hari ni...kami sambut Hari Guru dan meraikan persaraan Kak Nab. Walaupun baru 3 thn di SMK Paya Besar tp bila adanya perpisahan kita akan rasakan kesedihannya. Kak Nab adalah idolaku dan inspirasiku agar sabar semasa mengajar Sains terutama ngajar form 3 thn ni. Kami raikan kak Nab di sekolah dan di hotel Mega View pada petangnya.
p.s: Semoga kak Nab sentiasa gembira di alam persaraannya.


(Diambil drpd blog SMK Paya Besar)


(Ini drpd blog Kak Ida)

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Hari ini 16 Mei 2009......Hari Guru......

Antara sajak yang tersohor untuk guru.......

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guru2ku dan rakan2 guru tercinta)

Dialah pemberi paling setia.
Tiap akar ilmu miliknya.
Pelita dan lampu segala.
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat.
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat.
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara.
Jika hari ini seorang penulis terkemuka.
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya.
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota.
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu.
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa.
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu.
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat.
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan Asal:
Usman Awang
1979

p:s:
Untuk semua guru......
Semoga kita sentiasa tabah dan sabar dalam mendidik anak2 murid agar berjaya di dunia dan akhirat.Insyaallah.......

Monday, May 11, 2009

HIJAU.................

Ari ni nak kongsi sama2 suasana kehijauan di rumah ni.seronok kalau bab menanam tetapi nak jaga dan siram....banyak alasan la pulak.....rasa lega ada yang rajin jaga...

Sunday, May 10, 2009

UNTUK UMI...........

Ari ni pagi2 lagi hasanah menyorokkan sesuatu...emmm apa tu....rupanya nak bagi kad kat umi.....Selamat Hari Ibu...tengok le hasil nukilan budak 9 thn..

.
Lepas tu....Haziq pulak tanya kat umi....bekas pensil umi mana?...dah tau le tu...mesti nak menulis....hasilnya tengoklah nukilan budak 7 thn.

Tak pe....hasanah,haziq dan hida....umi hargai setiap apa yang diberi...semoga kasih sayang anak2 umi sehingga selama2nya...bukan ari ni je ....ever since.....forever....












Thursday, May 7, 2009

TUKAR LAGI...

Itulah......tak tau dah kali ke berapa tukar template ni....nini ni memang le suka sangat nak menukar.....dan tukar...dan oleh itu ada alasan tak masukkan macam2 widget dlm blog ni.insyaallah lepas ni tak teruskan tabiat ni...kalau dulu..masa suka tulis dlm diari...tak dan sethn tukar diari lain...(itupun kalau dpt lebih drpd satu diari free).