Saturday, March 28, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10-26 MAC 09

Cik Nini nak sambung cerita lagi.....

Assalamualaikum semua...pertamanya nak minta maaf pada kengkawan yang sudi singgah ke blog nini ni......lamanya tak update....banyak reason lepas ni explain.
Pejam celik pejam celik ari ni dah 28 Mac.Lamanya tak update blog ni....
Kalau nak dengar nini bagi reason...silalah.......

Dlm 3 minggu sebelum ni......dapat khabar suami kena gi kursus kat Perlis selama 5 minggu. Terdiam kejap...sebab memikirkan dalam 5 minggu ni terpaksalah menguruskan anak2 sendirian......menghantar anak seawal 6.45 pagi...lepas tu.....macam2 keje yang kena buat sendiri...sedihnya....masa ni baru le nak angankan...kalaule ada maid...kat umah ni....(tapi bila pikir privacy tak jadi la pulak).
Bukannya tak mampu nak buat semua tu tapi sekolahku tersayang ni kalau tak ada aktiviti sampai 5 petang .......emmmm....
ATAS NI SALAH SATU AKTIVITI SAMPAI PETANG-KELAS PPSMI-BAKING MUFFIN-PRESENTATION-ini pun copy dari blog kak Nab.
sampai nak masak utk anak pun tak sempat...orang kata beli je....kalau tiap2 ari beli..rasanya dah tak mampu nak makan lauk kedai yang tak berapa sedap tu....baik le goreng ikan/ayam je....( macam komen suami dan ibuku...orang berniaga ni masak untuk jual je...bukan ikut rasa/kepusan dia).
Satu lagi kesibukan ku disebabkan latihan ies. Kat sini ada gambar.IES ni program untuk sekolah gunakan mudahkan buat ujian dan peperiksaan,pelajar gunakan remote control dan cikgu boleh terus dapat report.Cikgu2 yang terpilih ni kena present depan fasilitator yang datang pada 23 Mac baru ni.Gambar ni ihsan ku ambil dari blog penyelaras ict sek-Kak Pah Hanim.



Yang paling menyedihkan suami aku start kursus masa cuti sekolah..tak leh nak pergi mana pun.

Yang paling...paling menyedihkan aku....minggu lepas masa ari isnin pagi...konon nak masak sarapan anak...dapurku tak leh nak berasap sebab gas abis...bengang nye....petang tu kena le mengangkut sendiri tong gas yang berat sbb tak de perkhidmatan ke rumah.Lori yang jual gas tu pulak..tak lalu masa kita perlukan...haru sungguh......sabar je le...

Satu lagi sbb tak leh nak entry,pada hari Rabu lepas...aku kena sakit mata(punggung/buntut.......toot...toot).Jangkitan ni bermula daripada mak sendiri...dia pun tak tau dapat dari mana.Habis semua kena....cuma anak sulung je tak kena.alhamdulillah....suami yang dok kat Perlis tu pun kena sbb dia balik hujung minggu baru ni..Dapat le mc 2 hari.masa sekarang ni pun masih tak baik lagi...menaip guna satu mata je....satu lagi bengkak...berair.

Ari ahad ni (esok)ada sukan tahunan tapi rasanya tak pegi lagi...sbb masih bengkak ni....

Untuk pengetahuan semua....26 Mac 2009 baru ni genap 10 tahun perkahwinan.Tak leh nak celebrate pun sbb suami tak de kat sini.satu lagi kedua2nya sakit mata...syahdu sungguh,.redha je.Ini baru skit je ujian.semoga tak kena sakit yang tak mampu nak ditempuhi...

Esok pulak birthday Raudhah Hasanah(anak sulung) yang ke 9 tahun.Celebrate kat umah mak je kut sbb malam esok suami dah kena travel ke Perlis semula.

Untuk Shidah........thanx ffor award...nini pun tak berapa reti sangat....nini dah copy...nanti nini paste....nak come-comekan blog pun tak dan.....

Untuk Na di Kok Lanas.....maaf yek.....faham2je le....

Sunday, March 1, 2009

RUPA SAMA RASA LAIN

Cik Nini nak sambung cerita lagi....

Hari ni 1 Mac,baru ada mood semula nak menulis...dalam 2 minggu ni macam2 perkara berlaku.
Semlm mesyuarat pibg.Setiap thn mesti ada mesy pibg ni tp thn ni lain pula rasanya kerana akhirnya setelah 2 thn menjadi bendahari,hari ni ada perlantikan baru.Bukan senang nak urus duit org ni.Alhamdulillah bukan keje kat bank...kalau tak pening le....(tak ambik gambar le.....sbb dok sibuk mesyuarat kan)...

Minggu lepas...pesan le kat adik beli ikan kat Beserah.Sbb ikan masih segar walau disimpan seminggu!Masak le untuk family tersayang.Cuma bila masak 2 resepi ni....rupa sama tapi rasanya lain...masak ari lain2


Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Ikan Kerisi Masak Asam Pedas Tempoyak

Apa2pun 2 hidangan ni telah dihabiskan.Alhamdulillah.
Tentang memasak ni...yang penting dapat gembirakan ahli keluarga dan dimasak dgn hati yang senang.Tp kalau datang keletihan dan kemalasan......semua resepi ilang dr kepala.....
Minggu depan ni 7 hb...ada Sukan Tahunan pulak....lepas tu baru le Puan Hjh Pengetua bg 'cuti'.hehehehehe.maksudnya tak dak program ari Sabtu.