Showing posts with label CERITA ARI INI. Show all posts
Showing posts with label CERITA ARI INI. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Things To Share With U


WENT TO TURKEY ALONE

WENT TO KL WITH FAMILY

ADIL TAK?TAK LAGI.SO G MANE NEXT WEEK?

Thursday, December 17, 2009

HOME VERY SWEET HOME

Alhamdulillah kami sampai umah dlm pukul 4.15 ptg td. Seronoknye rasa dapat balik rumah setelah 12 hari 11 malam di Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam,KL. Bukan tak seronok kat KL tu tp ye la dok umah sendiri rasa lebih nyaman.....(boleh buat apa yg kita nak).

Dan tahniah untuk En Rafik sbb kami berjaya pergi dan balik KL dgn jayanya tanpa sesat.Cuma dia kata kena co-pilot baru boleh bw kat KL...ye la tu..bw kereta ke KL lepas tu balik dgn bas....Tak biasa itu je...kalau dah biasa tak yah co-pilot la pulak.
So 2 in 1....(teman belajar + jln2 di KL - KL) telah terlaksana..semua yg dirancang..alhamdulillah memenuhi cuti 12 hari 11 malam tu.
Nak cerita satu lagi....rupanya anak2 lebih seronok dan tak sabar nak balik ke rumah(rupanya sama dgn maknya)....balik2 umah je terus terpa pada basikal masing2 dan apa2 yg ditinggal kat umah ni....hasanah pulak tak sabar nak jumpa kawan2 dia(sorry hasanah....sampai td..hujan lebat..esok insyaallah).


p.s: lupa nak add skit sini.....utk kengkawan yg menjemput dtg ke umah...maaf tak dpt nak penuhi sbb faham2 je la teman org belajar ni..kena ikut time dia le.insyaallah ada ketika sampaile ke umah nanti.

Monday, May 11, 2009

HIJAU.................

Ari ni nak kongsi sama2 suasana kehijauan di rumah ni.seronok kalau bab menanam tetapi nak jaga dan siram....banyak alasan la pulak.....rasa lega ada yang rajin jaga...

Saturday, March 28, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10-26 MAC 09

Cik Nini nak sambung cerita lagi.....

Assalamualaikum semua...pertamanya nak minta maaf pada kengkawan yang sudi singgah ke blog nini ni......lamanya tak update....banyak reason lepas ni explain.
Pejam celik pejam celik ari ni dah 28 Mac.Lamanya tak update blog ni....
Kalau nak dengar nini bagi reason...silalah.......

Dlm 3 minggu sebelum ni......dapat khabar suami kena gi kursus kat Perlis selama 5 minggu. Terdiam kejap...sebab memikirkan dalam 5 minggu ni terpaksalah menguruskan anak2 sendirian......menghantar anak seawal 6.45 pagi...lepas tu.....macam2 keje yang kena buat sendiri...sedihnya....masa ni baru le nak angankan...kalaule ada maid...kat umah ni....(tapi bila pikir privacy tak jadi la pulak).
Bukannya tak mampu nak buat semua tu tapi sekolahku tersayang ni kalau tak ada aktiviti sampai 5 petang .......emmmm....
ATAS NI SALAH SATU AKTIVITI SAMPAI PETANG-KELAS PPSMI-BAKING MUFFIN-PRESENTATION-ini pun copy dari blog kak Nab.
sampai nak masak utk anak pun tak sempat...orang kata beli je....kalau tiap2 ari beli..rasanya dah tak mampu nak makan lauk kedai yang tak berapa sedap tu....baik le goreng ikan/ayam je....( macam komen suami dan ibuku...orang berniaga ni masak untuk jual je...bukan ikut rasa/kepusan dia).
Satu lagi kesibukan ku disebabkan latihan ies. Kat sini ada gambar.IES ni program untuk sekolah gunakan mudahkan buat ujian dan peperiksaan,pelajar gunakan remote control dan cikgu boleh terus dapat report.Cikgu2 yang terpilih ni kena present depan fasilitator yang datang pada 23 Mac baru ni.Gambar ni ihsan ku ambil dari blog penyelaras ict sek-Kak Pah Hanim.



Yang paling menyedihkan suami aku start kursus masa cuti sekolah..tak leh nak pergi mana pun.

Yang paling...paling menyedihkan aku....minggu lepas masa ari isnin pagi...konon nak masak sarapan anak...dapurku tak leh nak berasap sebab gas abis...bengang nye....petang tu kena le mengangkut sendiri tong gas yang berat sbb tak de perkhidmatan ke rumah.Lori yang jual gas tu pulak..tak lalu masa kita perlukan...haru sungguh......sabar je le...

Satu lagi sbb tak leh nak entry,pada hari Rabu lepas...aku kena sakit mata(punggung/buntut.......toot...toot).Jangkitan ni bermula daripada mak sendiri...dia pun tak tau dapat dari mana.Habis semua kena....cuma anak sulung je tak kena.alhamdulillah....suami yang dok kat Perlis tu pun kena sbb dia balik hujung minggu baru ni..Dapat le mc 2 hari.masa sekarang ni pun masih tak baik lagi...menaip guna satu mata je....satu lagi bengkak...berair.

Ari ahad ni (esok)ada sukan tahunan tapi rasanya tak pegi lagi...sbb masih bengkak ni....

Untuk pengetahuan semua....26 Mac 2009 baru ni genap 10 tahun perkahwinan.Tak leh nak celebrate pun sbb suami tak de kat sini.satu lagi kedua2nya sakit mata...syahdu sungguh,.redha je.Ini baru skit je ujian.semoga tak kena sakit yang tak mampu nak ditempuhi...

Esok pulak birthday Raudhah Hasanah(anak sulung) yang ke 9 tahun.Celebrate kat umah mak je kut sbb malam esok suami dah kena travel ke Perlis semula.

Untuk Shidah........thanx ffor award...nini pun tak berapa reti sangat....nini dah copy...nanti nini paste....nak come-comekan blog pun tak dan.....

Untuk Na di Kok Lanas.....maaf yek.....faham2je le....