Sunday, October 4, 2009

CERITA SYAWAL 1430H

Agak lama tak entry......
Alhamdulillah semua umat Islam telah merayakan hari kemenangan sebagai seorang hambaNya dlm menunaikan ibadah puasa tahun ini.

(Kat umah...sebelum dan on the way ke masjid)

Seperti tahun sebelumnya....kami beraya di sini je..kampung Nini dan suami dekat2 je. Sejak arwah bapa mertua tiada(masuk tahun ke3) kami beraya di sebelah umah Nini dulu sbb mak mertua beraya di umah abang ipar di Sg Karang. Biasanya kami pergi sebelah petang.
Kami sembahyang raya di Masjid KIPSAS.Lepas tu beraya ke umah mak Nini. Tahun ni dua keluarga je berkumpul termasuk mak dan engku sbb adik & adik ipar balik ke Perak thn ni.Ikut giliran kan...
Dan rutinnya...kami akan beraya ke Jaya Gading..umah mak saudara dan pak saudara sebelah mak. Lepas tu ke Batu 12 dan ke Sg Isap 2(umah pak saudara sebelah engku).


(Di umah mak dan engku)


Masa hari raya ni macam2 ragam anak2.Nak main bunga api le...Mula2 takut lepas tu abis berbatang2. Keletihan beraya sampai tertidur dan suka sangat dapat jumpa sepupu(anak abang ipar di Sg Karang).

Hari pertama boleh tahan....pakai baju raya sampai pukul 10.00 mlm.

Esoknya...duduk umah sbb pak saudara dr Jaya Gading pulak datang nak beraya dan jiran mak pun beraya dengan keluarganya. Masak nasi minyak je. Haziq dok tanya"Umi kenapa bila kita beraya kat umah orang...pas tu orang tu dtg pulak umah kita".Jawapan tak tau tepat ke tak..tapi jawab je....itulah ziarah menziarahi di hari raya kalau dekat...jauh tu payah le skit.
Suami pulak sibuk siapkan keja PHDnya. Keje tetap buat walaupun raya..

Raya ketiga baru ada kesempatan ke rumah jiran2 yang ada masa raya ni..Kebanyakannya balik kampung. Seronok gak dapat bercerita panjang dengan jiran2 ni.Hari biasa ni sibuk tak dan nak berborak panjang. Petang g hantar kereta suami yang dilanggar hari Khamis sebelum raya. Balik dr bengkel, abang ipar dan keluarga mari...emmmm nak masak apa ye....kami sepakat kalau orang nak mari beraya..kami nak masak something special ari tu...Oleh kerana nak cepat...petang tu buat pizza dan spagetti.Terkejut gak abang ipar....lain skit dr menu biasa.lagipun isteri dia lagi pro masak nasi ni.

Hari Rabu...mak dan adik2 datang beraya. Adik lelaki dan isteri balik raya ketiga ke sini.Buat soto ayam je. Kawan suami ,Marwan datang beraya,tak pernah miss lagi dtg umah kami masa raya. Tahun ni mari sorang je. Lama berborak, pukul 8.30 mlm baru balik.

Hari Khamis...anak saudara suami kahwin di Jengka 14 tp tak dapat pegi.Suami on call keje PHD dia le. Umah cikgu Hanisah pun tak dapat nak g.

Hari Jumaat...mak su dan anak serta menantu datang lepas Jumaat.

Hari Sabtu pulak buat nasi serai, kari daging dan acar sbb anak murid suami dr Penang nak datang.Rupanya datang dengan tunangnya.Nak nikah next year. Anak murid suami ni banyak le tolong masa kami kat Kelantan dulu. Masa sedang berborak mari pulak kawan baik suami Rahim dan isteri dan anak.Alhamdulillah rezeki ada nasi lagi
Malam penuhi jemputan kak Su.Sedapnya dapat makan laksa Pahang dan lontong.Ada nasi dagang lagi.
Balik dr umah kak Su, 2 org anak murid suami call nak beraya....berborak sampai kul 10.45 mlm.Nini dan anak2 nak terlelap dah.Nasib tak jadi...

Hari Ahad lak penuhi undangan menyambut menantu anak saudara suami di Tanah Putih. Masa dok makan,anak murid 3 Cekal call nak mari.Mula2 kata 4 org, mari2 7 org.Cikgu buat mee hailam je la..kay..

(Antara gambar2 yang sempat diambil semasa hari raya.....)


Itulah cerita di Syawal ini. Semoga Syawal tahun ini memberi makna yang terbaik buat kita semua..Jangan lupa puasa enam....masih ada masa lagi..