Sunday, September 4, 2011

Kehadiran Fezzy Sekeluarga

Alhamdulillah,semalam hari raya ke 5,Fezzy sekeluarga plus mak mentuanya berhari raya ke rumah nini.Kebetulan dia ke rumah sepupu suaminya di Balok. Nini dan anak2 je yang menyambutnya.Suami dah ke UM pada raya ketiga kerana keja belajarnya. Walaupun tak pandai masak nasi daging tapi alhamdulillah itulah juadah hari raya semalam.Setakat masak untuk keluarga bolehlah. Jumpa Fezzy ibaratnya tak cukup masa nak bercerita lah.Dari satu cerita ke satu cerita. Dok dalam sejam setengah pun rasa cepatnya masa berlalu.

One year...

Siapa yang dah berumur setahun tu...siapa lagi kalau bukan Raudhah Hasya yang dilahirkan 14 Ramadhan tahun lalu bersamaan 25 Ogos 2010. Setahun,cepatnya masa berlalu. Tiada sambutan yang khusus untuknya cuma daripada umi,..doa agar Raudhah Hasya sihat sentiasa dan membesar menjadi insan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat insyaallah. Ingatan seorang umi untuk anakanda sudi cukup daripada segala2nya. Berkongsi ingatan yang sama adalah Raudhah Hidanah yang genap 6 tahun pada 10 Ogos 2005.
p:s cuma Raudhah Hasya ni beratnya 7 kilo.tak naik2 sejak bulan lepas.bulan depan kena checkup lagi

Tuesday, June 7, 2011

Rehatkan Minda...

Alhamdulillah...selepas seminggu bercuti barulah boleh merehatkan minda di tempat yang lama.......tak pergi.
Sekolah pertama 'diposting' oleh KPM ialah SMK Agama Muadzam Shah.Rindunya...masuk ke sekolah tadi mengimbau kenangan 12 thn lepas. Oleh kerana cuti sekolah dan ramai kengkawan dan kakak serta yang dikenali dah tiada di situ kami menyinggah masuk dan round je la.sama macam dulu cuma lebih banyak pokok2 dan lebih cantik dari tahun 1998 dulu.yang lagi menarik ada pembinaan kuarters sebuah rumah yang cantik banget.bestnya cikgu dan staf sekolah.
Kami sebenarnya ke Summerset Beach Resort Rompin. Selalu sangat ke sebelah utara pantai Pahang dan sekarang ke selatan pantai Pahang pulak.Lgpun nak anak2 kenal tempat yg tak pernah mereka g lagi.yg penting ada kolam dan ada pantai.

Sunday, March 13, 2011

HILANG 2 JAM


Itulah entri untuk ari ni(semalam benarnya,12 mac 2011 hari Sabtu). Siapa yang hilang 2 jam tu? Anakanda lelaki yang sorang ni,Riyadh Haziq. Idea membawa dia dan yg lain2 ke Hari Terbuka TUDM pada hari ini memang idea yang baik la bagi kami sbb boleh dia menimba dan melihat perkara baru. Tapi hari ini juga memberi ingatan kepada umi dan abi dia bhw dia tidak boleh langsung berenggang dengan kami.
Ceritanya ialah bila kami pergi seawal 8.30 pagi ke hari terbuka tu sbb ianya dibuka kul 9.Kami ingat dah awal rupanya ramai lagi yang awal. Bila masuk ke sana,kami tengok la pameran d beberapa khemah sebelum teruja dgn pertunjukan flight d udara. Bila nak join je dan g dekat lagi,haziq dah meluru ke depan.Uminya ingat tak pela jap lagi dia cari kami kat belakang ni.Lepas beberapa belas minit tak nampak dah dia sbb kami pun beralih posisi. Kami pun cari la sambil dok tengok lagi pertunjukan ni.Cari hampir sejam dan org pun semakin ramai,abi dia mula tak sedap hati.G cari kat keta tak de pun.Cari lagi sehingga abi,baby,hida dan hasanah terus tunggu d keta.Umi nya yang cari lagi sampai jumpa la beberapa org yg dikenali di situ dan tak terkata apa2 sbb dok risau lagi ni.Lastnya buat announcement kehilangan anak,malunya kat staf TUDM, yang sedang sibuk menunggu kehadiran Sultan Pahang utk majlis perasmian.Ada bebrapa org lagi parents yang hilang anak. Lepas 2 kali announcement abi telefon beritau haziq sambil memegang pamplet yg dapat d pameran dok tersengih g ke kereta.Lega dan alhamdulillah,syukur. Geram tu usah kiralah.Dia relaks je. Sampai kat rumah tanya lagi ,dia kata dia tak nampak ramai sangat orang dia pun tunggu kat kawasan pameran.Tengok dah lama sangat dia g masuk tengok pameran dalam bangunan yg sahihnya umi dia payah nak nampak. Dia asyik dengar penerangan pasal flight dan macam2 lagi. Emmm...dia seronok dengar,.yang kami ni sambil tengok show udara sambil cari dia.
Pengajarannya,.umi, abi lain kali..ingat jangan lepas pandang langsung kat haziq tau.Tapi itulah ketentuanNya pada hari ini,.
*****12 MAC 2011 Selamat Hari Lahir Mak, Semoga dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan dan diberi kesihatan yang baik,Insyaallah.....******(Hari lahir mak Nini)

Thursday, February 3, 2011

2011-1st entry

Alhamdulillah setelah 2010 berlalu,ari ni 1st time entry,nampak sangat boringnya nak menulis sbb tajuk pun dah tak tau nak tulis ape.
pertama...nak ceritaanya my hubby rafik dah tak tinggal d pantai dalam lg tp dah masuk ke asrama 5 mulai lepas bulan 1 ni.this 2 weeks study kat rumah je sbb appointment anak d hospital & cuti raya cina hingga ahad ni. walaupun begitu kesetiaannya membaca....dan terus membaca tetap la hinggakan dah tak de time yg proper.alhamdulillah setakat ni dah faham kenapa pelajar phd kena buat begitu kalau nak habis dlm 3 thn.

(atas permintaan:gambar bersama prof dr siddiq baba masa ada kelas di uiam gombak)

keduanya..cerita anak2,raudhah hidanah dah masuk tadika seri kreatif yang lebih banyak tumpuan kepada akademik.nampak banyak improvement berbanding masa kat tadika kemas.(yelakan yuran cecah rm 500).petang pulak dah ke kafa al ubudiah,taman guru.
raudhah hasanah dah masuk tahun 5 dan tahun ni ambik periksa upkk d kafa.riyadh haziq dah masuk tahun 3.dah mula sibuk dengan kokurikulum.tanya kat umi nak masuk tunas kadet remaja la...pengakap la....lagi2....suruh masuk pbsm tak nak pulak..



ketiganya....baby raudhah hasya dah masuk 5 bulan 9 hari ....dah boleh meniarap dan melungsur ke depan dan ke belakang.yang tak tahannya asyik nak berdukung.