Tuesday, November 30, 2010

MASA UTK MENULIS LAGI


(Gambar masa sakit tak ambik sbb tak sempat nak pegang kamera)

Hari ni 30 hb 11,hampir setahun tak menulis jadi alhamdulillah mood ni datang kembali.Setahun....pelbagai perkara berlaku..suka,duka, pahit dan manis.Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan utk menulis lagi di sini untuk kenangan kepada diri sendiri dan keluarga yang tersayang.

Semlm, nini dan suami hampir seharian(start kul 10.30 hingga 3.30 ptg) di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) kerana Raudhah Hidanah yang sakit kawasaki.

Raudhah Hidanah disahkan sakit kawasaki pada tahun 2008 setelah genap 3 thn,masa tu kami satu family masih terpinga2 apalah jenis sakit ni.Permulaaannya demam selama 5 hari,kami mula2 bawa dia ke KMC,kebetulan kami g ari Ahad setelah demam start ari Khamis.Doc kata bukan demam biasa jadi dia suruh mari hari Isnin laks. Kami pergi semula pada ari Isnin doktor pakar kata ESR dia naik hingga 79(normal utk female 0-7)setelah check darah.Dia nasihatkan kami ke HTAA sbb ubatnya cecah ribu2. Lastnya kami ke HTAA.Suami dan mak nini yg bawa hida.Tunggu punyala lama,akhirnya masuk wad CCU utk masukkan gamma globulin. Tau sampai kul berapa sampai kul 2.oo pagi baru abis berbotol2 tu. Setelah 4 hari masuk wad(nini terpaksa abiskan cuti yg ada dan simpati doktor pakar yg faham cikgu ni payah kalau cuti emergency lama2 ni), hida ok. Sakit ni bukan saja demam berpanjangan(> 5 hari) tetapi akan keluar tanda bintik2 di tangan,kaki dan badan.Badan akan sakit2.Bibir jadi merah menyala dan lidah pun merah.Yg paling takut ialah ia akan sbabkan serangan jantung.

Kawasaki biasanya tak berulang jadi bila Hida demam start Sabtu 20hb tu kami andaikan demam biasa jadi suami teruskan plan g KL utk keje2 belajar dia tp demam hida tak kebah hingga isnin.Adik nini bw g klinik pakar d jalan beserah,makan ubat lg.hinggalah pd ari khamis,suami balik gak bawa hida ke KMC utk check darah.ESR naik ke 20 semula walaupun bulan lepas checkup esr dah 15.Doc pakar suruh makan ubat lagi sbb katanya ESR bukan saja boleh sbbkan kawasaki saja,tetapi sakit lain juga.Masuk 3 klinik hida pun dah muak makan ubat. Cuma bila dah dipujuk abi dia barula mencari ubat pulak(kalau tak baik demam tak leh ikut abi g Kl). Hari Jumaat demamdah ok tapi kulit jari hampir semua gelupas yg sbbkan nini dah rasa tak senang duduk pulak semula sbb tanda2 kawasaki hampir semuanya sama.Last2 kami decide g HTAA utk advancekan temujanji dgn doc yg sepatutnya pada 14hb 4 nanti.Oleh kerana hida tak demam maka kami boleh balik le semlm dgn hati lega(sementara).

Info about kawasaki:
Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.