Esok...sampai masanya broadband nak ke UM semula. Tak pe...insyaallah next week kami akan pergi bersama2 ke UM. Ala2....sekali dgn cuti2 1 Malaysia....
Nanti bila g sana...byklah gambar akan diupload di sini....
Esok...sampai masanya broadband nak ke UM semula. Tak pe...insyaallah next week kami akan pergi bersama2 ke UM. Ala2....sekali dgn cuti2 1 Malaysia....
Posted by NINI at 11/29/2009 0 comments
Posted by NINI at 11/27/2009 0 comments
Labels: Peristiwa
Alhamdulillah ari ni nak kongsi kegembiraan dgn yg sudi singgah di sini. Lama tak entry sbb broadband ni dah tukar alamat ke UM....sebenarnya sbb broadband dan laptop dibawa sepanjang minggu ke UM.Hanya pulang pd hujung minggu.Ditambah dgn 'M' dan saje22 sibuk.Faham2 jelah.
Pada 15hb November,SK Permatang Badak adakan Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum dan KoKurikulum.
Haziq yang keletihan menunggu lama utk terima hadiah.
At last,haziq terima hadiah Matapelajaran Terbaik(B.Inggeris)
Hasanah dgn kawan2 dia.
Giliran Hasanah terima hadiah...
1. Nombor Dua di Kelas 3 Adil
2. Matapelajaran Terbaik(Agama Islam)
Syukur....alhamdulillah dua2 dah dapat hadiah....Hida bila nak dapat yek...insyallah..nanti...
###################################################################
Hasanah terima hadiah. Sebelah tu lah hadiah...alhamdulillah.
Semasa balik dr penyampaian hadiah.
Anak2.....teruskanlah usaha.Insyaallah Allah SWT akan limpahkan kejayaan kpd yang berusaha. Namun kejayaan ini tak akan kekal seandainya kita leka dan tidak bersyukur.....Posted by NINI at 11/16/2009 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Agak lama tak entry......
Alhamdulillah semua umat Islam telah merayakan hari kemenangan sebagai seorang hambaNya dlm menunaikan ibadah puasa tahun ini.
(Kat umah...sebelum dan on the way ke masjid)
Seperti tahun sebelumnya....kami beraya di sini je..kampung Nini dan suami dekat2 je. Sejak arwah bapa mertua tiada(masuk tahun ke3) kami beraya di sebelah umah Nini dulu sbb mak mertua beraya di umah abang ipar di Sg Karang. Biasanya kami pergi sebelah petang.

Masa hari raya ni macam2 ragam anak2.Nak main bunga api le...Mula2 takut lepas tu abis berbatang2. Keletihan beraya sampai tertidur dan suka sangat dapat jumpa sepupu(anak abang ipar di Sg Karang).
Posted by NINI at 10/04/2009 0 comments
Labels: Hari Raya Aidilfitri
Salam aidilfitri untuk semua...................
Ramadhan telah berlalu...kesedihan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan.
Sebenarnya hari raya yang hakiki bagi seorang hamba Allah SWT ialah apabila seseorang yang dpt akhirkan hayatnya dengan kalimah syahadah, apabila seorang yang diterima amalannya,apabila seorang yang dapat menghadapi titian sirat dengan jayanya dan apabila seorang yang dapat masuk ke syurga ( petikan perkongsian minda pendengar Radio IKIM ). Walaubagaimanapun sama-samalah kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa keinsafan, kesyukuran dan semoga amalan kita sepanjang Ramadhan thn ini diterima oleh Allah SWT.
Maaf Zahir dan Batin di alam maya ini.
Posted by NINI at 9/20/2009 0 comments
Labels: Hari Raya Aidilfitri
Istimewa utk suami .......selamat hari lahir ke 36 pada hari ini-12/9. Semoga Allah swt memberkati kehidupan dan mempermudahkan segalanya.
Cuma ari ni ucapan ini melalui online je sbb empunya badan tak de.Ada replacement class Phd di UM,KL. Walaupun seminggu lagi nak raya....masih tetap lecturer nak buat class.
Alhamdulillah suami dpt sambung Phd (full time)under Poly+MOHE+JPA start last month.Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan cita-cita hingga berjaya.
Posted by NINI at 9/12/2009 0 comments
Labels: Suami
Salam ramadan buat semua........
Ramadan datang lagi thn ini...alhamdulillah...penuh rasa kesyukuran yang sukar diungkapkan oleh kata2 dan perasaan.
Marilah sama2 kita manfaatkan Bulan Ramadan thn ini dengan sebaik2 amalan.
Kalau dulu kita kurang sembahyang sunat maka kita mula perbanyakkan solat sunat di bulan Ramadan ini.Kalau dulu kita jarang membaca Al-Quran maka mulai Ramadan ini kita memastikan setiap hari kita cuba memahami ayat Al-Quran walaupun satu ayat.
Pendek kata di bulan ini kita cuba melatih diri untuk menghidupkan rohani, mendekatkan diri pada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.Insyaallah.
Posted by NINI at 8/23/2009 0 comments
Labels: Ramadan 1430 Hijrah