Sunday, November 29, 2009

Sampai masanya....

Esok...sampai masanya broadband nak ke UM semula. Tak pe...insyaallah next week kami akan pergi bersama2 ke UM. Ala2....sekali dgn cuti2 1 Malaysia....



Ini antara pemandangan di UM.


Nanti bila g sana...byklah gambar akan diupload di sini....

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA



Untuk semua......................Selamat Hari Raya AidilAdha.Semoga pengertian pengorbanan kali ini memberi makna bagi kita semua.

Monday, November 16, 2009

Teruskan Usaha Itu.....

Alhamdulillah ari ni nak kongsi kegembiraan dgn yg sudi singgah di sini. Lama tak entry sbb broadband ni dah tukar alamat ke UM....sebenarnya sbb broadband dan laptop dibawa sepanjang minggu ke UM.Hanya pulang pd hujung minggu.Ditambah dgn 'M' dan saje22 sibuk.Faham2 jelah.

Pada 15hb November,SK Permatang Badak adakan Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum dan KoKurikulum.

Semasa sampai, Hasanah dgn tshirt love dia sebab nak buat persembahan Action Song. Pd awalnya tak sokong Hasanah masuk Action Song ni tp lepas fikirkan beberapa perkara dan persetujuan cikgunya terima syarat kami....kami pun setuju dan akhirnya dia bersama kumpulan berjaya.....


Hasanah sedang buat persembahan Action Song.Menang Naib Johan Daerah Kuantan.

Haziq yang keletihan menunggu lama utk terima hadiah.


At last,haziq terima hadiah Matapelajaran Terbaik(B.Inggeris)


Dua wajah Hidanah....pertama...letih lama menunggu dan kedua....gembira sbb kakak dah terima hadiah dia.

Hasanah dgn kawan2 dia.


Giliran Hasanah terima hadiah...

1. Nombor Dua di Kelas 3 Adil

2. Matapelajaran Terbaik(Agama Islam)

3. Menyertai Action Song(menang Naib Johan Daerah)


Syukur....alhamdulillah dua2 dah dapat hadiah....Hida bila nak dapat yek...insyallah..nanti...

###################################################################



Add on kat sini gak...alkisah...Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Ubudiah,Taman Guru...pada 21 November lalu.

Raudhah Hasanah dan Riyadh Haziq dapat nombor 1 di kelas masing-masing.Alhamdulillah.Walaupun abi kedua2nya tak de sbb g study tapi umi dia g jugak beri sokongan. Ambik gambar tp krang jelas sbb dipegang oleh Hidanah yg kebosanan.emmmm....

Hasanah terima hadiah. Sebelah tu lah hadiah...alhamdulillah.

Semasa balik dr penyampaian hadiah.

Anak2.....teruskanlah usaha.Insyaallah Allah SWT akan limpahkan kejayaan kpd yang berusaha. Namun kejayaan ini tak akan kekal seandainya kita leka dan tidak bersyukur.....

Sunday, October 4, 2009

CERITA SYAWAL 1430H

Agak lama tak entry......
Alhamdulillah semua umat Islam telah merayakan hari kemenangan sebagai seorang hambaNya dlm menunaikan ibadah puasa tahun ini.

(Kat umah...sebelum dan on the way ke masjid)

Seperti tahun sebelumnya....kami beraya di sini je..kampung Nini dan suami dekat2 je. Sejak arwah bapa mertua tiada(masuk tahun ke3) kami beraya di sebelah umah Nini dulu sbb mak mertua beraya di umah abang ipar di Sg Karang. Biasanya kami pergi sebelah petang.
Kami sembahyang raya di Masjid KIPSAS.Lepas tu beraya ke umah mak Nini. Tahun ni dua keluarga je berkumpul termasuk mak dan engku sbb adik & adik ipar balik ke Perak thn ni.Ikut giliran kan...
Dan rutinnya...kami akan beraya ke Jaya Gading..umah mak saudara dan pak saudara sebelah mak. Lepas tu ke Batu 12 dan ke Sg Isap 2(umah pak saudara sebelah engku).


(Di umah mak dan engku)


Masa hari raya ni macam2 ragam anak2.Nak main bunga api le...Mula2 takut lepas tu abis berbatang2. Keletihan beraya sampai tertidur dan suka sangat dapat jumpa sepupu(anak abang ipar di Sg Karang).

Hari pertama boleh tahan....pakai baju raya sampai pukul 10.00 mlm.

Esoknya...duduk umah sbb pak saudara dr Jaya Gading pulak datang nak beraya dan jiran mak pun beraya dengan keluarganya. Masak nasi minyak je. Haziq dok tanya"Umi kenapa bila kita beraya kat umah orang...pas tu orang tu dtg pulak umah kita".Jawapan tak tau tepat ke tak..tapi jawab je....itulah ziarah menziarahi di hari raya kalau dekat...jauh tu payah le skit.
Suami pulak sibuk siapkan keja PHDnya. Keje tetap buat walaupun raya..

Raya ketiga baru ada kesempatan ke rumah jiran2 yang ada masa raya ni..Kebanyakannya balik kampung. Seronok gak dapat bercerita panjang dengan jiran2 ni.Hari biasa ni sibuk tak dan nak berborak panjang. Petang g hantar kereta suami yang dilanggar hari Khamis sebelum raya. Balik dr bengkel, abang ipar dan keluarga mari...emmmm nak masak apa ye....kami sepakat kalau orang nak mari beraya..kami nak masak something special ari tu...Oleh kerana nak cepat...petang tu buat pizza dan spagetti.Terkejut gak abang ipar....lain skit dr menu biasa.lagipun isteri dia lagi pro masak nasi ni.

Hari Rabu...mak dan adik2 datang beraya. Adik lelaki dan isteri balik raya ketiga ke sini.Buat soto ayam je. Kawan suami ,Marwan datang beraya,tak pernah miss lagi dtg umah kami masa raya. Tahun ni mari sorang je. Lama berborak, pukul 8.30 mlm baru balik.

Hari Khamis...anak saudara suami kahwin di Jengka 14 tp tak dapat pegi.Suami on call keje PHD dia le. Umah cikgu Hanisah pun tak dapat nak g.

Hari Jumaat...mak su dan anak serta menantu datang lepas Jumaat.

Hari Sabtu pulak buat nasi serai, kari daging dan acar sbb anak murid suami dr Penang nak datang.Rupanya datang dengan tunangnya.Nak nikah next year. Anak murid suami ni banyak le tolong masa kami kat Kelantan dulu. Masa sedang berborak mari pulak kawan baik suami Rahim dan isteri dan anak.Alhamdulillah rezeki ada nasi lagi
Malam penuhi jemputan kak Su.Sedapnya dapat makan laksa Pahang dan lontong.Ada nasi dagang lagi.
Balik dr umah kak Su, 2 org anak murid suami call nak beraya....berborak sampai kul 10.45 mlm.Nini dan anak2 nak terlelap dah.Nasib tak jadi...

Hari Ahad lak penuhi undangan menyambut menantu anak saudara suami di Tanah Putih. Masa dok makan,anak murid 3 Cekal call nak mari.Mula2 kata 4 org, mari2 7 org.Cikgu buat mee hailam je la..kay..

(Antara gambar2 yang sempat diambil semasa hari raya.....)


Itulah cerita di Syawal ini. Semoga Syawal tahun ini memberi makna yang terbaik buat kita semua..Jangan lupa puasa enam....masih ada masa lagi..

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI 1430 H

Salam aidilfitri untuk semua...................

Ramadhan telah berlalu...kesedihan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan.
Sebenarnya hari raya yang hakiki bagi seorang hamba Allah SWT ialah apabila seseorang yang dpt akhirkan hayatnya dengan kalimah syahadah, apabila seorang yang diterima amalannya,apabila seorang yang dapat menghadapi titian sirat dengan jayanya dan apabila seorang yang dapat masuk ke syurga ( petikan perkongsian minda pendengar Radio IKIM ). Walaubagaimanapun sama-samalah kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa keinsafan, kesyukuran dan semoga amalan kita sepanjang Ramadhan thn ini diterima oleh Allah SWT.

Maaf Zahir dan Batin di alam maya ini.

Saturday, September 12, 2009

Birthday Wish On 22 Ramadhan

Istimewa utk suami .......selamat hari lahir ke 36 pada hari ini-12/9. Semoga Allah swt memberkati kehidupan dan mempermudahkan segalanya.
Cuma ari ni ucapan ini melalui online je sbb empunya badan tak de.Ada replacement class Phd di UM,KL. Walaupun seminggu lagi nak raya....masih tetap lecturer nak buat class.
Alhamdulillah suami dpt sambung Phd (full time)under Poly+MOHE+JPA start last month.Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan cita-cita hingga berjaya.

Sunday, August 23, 2009

Sentuhan Jiwa di Bulan Ramadan Yang Penuh Keberkatan

Salam ramadan buat semua........
Ramadan datang lagi thn ini...alhamdulillah...penuh rasa kesyukuran yang sukar diungkapkan oleh kata2 dan perasaan.
Marilah sama2 kita manfaatkan Bulan Ramadan thn ini dengan sebaik2 amalan.
Kalau dulu kita kurang sembahyang sunat maka kita mula perbanyakkan solat sunat di bulan Ramadan ini.Kalau dulu kita jarang membaca Al-Quran maka mulai Ramadan ini kita memastikan setiap hari kita cuba memahami ayat Al-Quran walaupun satu ayat.
Pendek kata di bulan ini kita cuba melatih diri untuk menghidupkan rohani, mendekatkan diri pada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.Insyaallah.