Thursday, September 4, 2008

RAMADAN DATANG LAGI........






Ramadan datang lagi....ahlan wasahlan......ramadan tahun ini amat bermakna kepada hidupku ini kerana berlaku peristiwa yang julung2 kalinya selepas 10 tahun berkhidmat sebagai seorang guru. Siapalah aku hanya seorang guru biasa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak muridnya.Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan membimbing generasi kini.Aku telah melihat cabarannya tetapi nak tak nak aku telan yang pahit dan aku masih merasai kemanisannya. Perasaan seorang guru tercalar tetapi aku juga seorang ibu tidak sanggup melihat seorang ibu lain kesedihan akibat gagal mendidik anaknya. Semoga aku terus tabah......pada Ramadan yang penuh berkat ini.



Wednesday, August 27, 2008

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Di sini ingin kutitipkan wajah kesayanganku bekas pelajar tahun 2000 semasa mengajar di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad.Cepatnya masa berlalu,sedar2 pelajar ini dah bertunang.Dah tua cikgu ni.

Wednesday, July 30, 2008

ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan....semudah ungkapan perkataan ini atau sukarnya mencari pengertian yang beerti buat kita yang ada di bumi Allah ini. Bila diungkapkan perkataan ini berulangkali kita akan terus teringatkan perjalanan hidup kita sehingga kini.Dulu merdeka,hari ini merdeka dan cuma yang pastinya akan datang adakah kemerdekaan milik kita dan generasi masa depan. Keresahan selalu menghantui fikiran dan hati seorang pendidik seperti aku dan ibu kepada generasi pewaris bangsa dan agama ini. Anak-anakku...bangkitlah kalian daripada mimpi yang panjang dan berjuanglah kalian dalam pencarian ilmu yang tidak kehabisan.....agar kamu akan terus mewarisi kemerdekaan itu dlm erti yang sebenarnya.