Saturday, March 28, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10-26 MAC 09

Cik Nini nak sambung cerita lagi.....

Assalamualaikum semua...pertamanya nak minta maaf pada kengkawan yang sudi singgah ke blog nini ni......lamanya tak update....banyak reason lepas ni explain.
Pejam celik pejam celik ari ni dah 28 Mac.Lamanya tak update blog ni....
Kalau nak dengar nini bagi reason...silalah.......

Dlm 3 minggu sebelum ni......dapat khabar suami kena gi kursus kat Perlis selama 5 minggu. Terdiam kejap...sebab memikirkan dalam 5 minggu ni terpaksalah menguruskan anak2 sendirian......menghantar anak seawal 6.45 pagi...lepas tu.....macam2 keje yang kena buat sendiri...sedihnya....masa ni baru le nak angankan...kalaule ada maid...kat umah ni....(tapi bila pikir privacy tak jadi la pulak).
Bukannya tak mampu nak buat semua tu tapi sekolahku tersayang ni kalau tak ada aktiviti sampai 5 petang .......emmmm....
ATAS NI SALAH SATU AKTIVITI SAMPAI PETANG-KELAS PPSMI-BAKING MUFFIN-PRESENTATION-ini pun copy dari blog kak Nab.
sampai nak masak utk anak pun tak sempat...orang kata beli je....kalau tiap2 ari beli..rasanya dah tak mampu nak makan lauk kedai yang tak berapa sedap tu....baik le goreng ikan/ayam je....( macam komen suami dan ibuku...orang berniaga ni masak untuk jual je...bukan ikut rasa/kepusan dia).
Satu lagi kesibukan ku disebabkan latihan ies. Kat sini ada gambar.IES ni program untuk sekolah gunakan mudahkan buat ujian dan peperiksaan,pelajar gunakan remote control dan cikgu boleh terus dapat report.Cikgu2 yang terpilih ni kena present depan fasilitator yang datang pada 23 Mac baru ni.Gambar ni ihsan ku ambil dari blog penyelaras ict sek-Kak Pah Hanim.



Yang paling menyedihkan suami aku start kursus masa cuti sekolah..tak leh nak pergi mana pun.

Yang paling...paling menyedihkan aku....minggu lepas masa ari isnin pagi...konon nak masak sarapan anak...dapurku tak leh nak berasap sebab gas abis...bengang nye....petang tu kena le mengangkut sendiri tong gas yang berat sbb tak de perkhidmatan ke rumah.Lori yang jual gas tu pulak..tak lalu masa kita perlukan...haru sungguh......sabar je le...

Satu lagi sbb tak leh nak entry,pada hari Rabu lepas...aku kena sakit mata(punggung/buntut.......toot...toot).Jangkitan ni bermula daripada mak sendiri...dia pun tak tau dapat dari mana.Habis semua kena....cuma anak sulung je tak kena.alhamdulillah....suami yang dok kat Perlis tu pun kena sbb dia balik hujung minggu baru ni..Dapat le mc 2 hari.masa sekarang ni pun masih tak baik lagi...menaip guna satu mata je....satu lagi bengkak...berair.

Ari ahad ni (esok)ada sukan tahunan tapi rasanya tak pegi lagi...sbb masih bengkak ni....

Untuk pengetahuan semua....26 Mac 2009 baru ni genap 10 tahun perkahwinan.Tak leh nak celebrate pun sbb suami tak de kat sini.satu lagi kedua2nya sakit mata...syahdu sungguh,.redha je.Ini baru skit je ujian.semoga tak kena sakit yang tak mampu nak ditempuhi...

Esok pulak birthday Raudhah Hasanah(anak sulung) yang ke 9 tahun.Celebrate kat umah mak je kut sbb malam esok suami dah kena travel ke Perlis semula.

Untuk Shidah........thanx ffor award...nini pun tak berapa reti sangat....nini dah copy...nanti nini paste....nak come-comekan blog pun tak dan.....

Untuk Na di Kok Lanas.....maaf yek.....faham2je le....

Sunday, March 1, 2009

RUPA SAMA RASA LAIN

Cik Nini nak sambung cerita lagi....

Hari ni 1 Mac,baru ada mood semula nak menulis...dalam 2 minggu ni macam2 perkara berlaku.
Semlm mesyuarat pibg.Setiap thn mesti ada mesy pibg ni tp thn ni lain pula rasanya kerana akhirnya setelah 2 thn menjadi bendahari,hari ni ada perlantikan baru.Bukan senang nak urus duit org ni.Alhamdulillah bukan keje kat bank...kalau tak pening le....(tak ambik gambar le.....sbb dok sibuk mesyuarat kan)...

Minggu lepas...pesan le kat adik beli ikan kat Beserah.Sbb ikan masih segar walau disimpan seminggu!Masak le untuk family tersayang.Cuma bila masak 2 resepi ni....rupa sama tapi rasanya lain...masak ari lain2


Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Ikan Kerisi Masak Asam Pedas Tempoyak

Apa2pun 2 hidangan ni telah dihabiskan.Alhamdulillah.
Tentang memasak ni...yang penting dapat gembirakan ahli keluarga dan dimasak dgn hati yang senang.Tp kalau datang keletihan dan kemalasan......semua resepi ilang dr kepala.....
Minggu depan ni 7 hb...ada Sukan Tahunan pulak....lepas tu baru le Puan Hjh Pengetua bg 'cuti'.hehehehehe.maksudnya tak dak program ari Sabtu.








Wednesday, February 11, 2009

PENANTIAN YANG BERAKHIR.....

Cik Nini nak cerita lagi ari ni....

Setelah masuk ari ke 11 bulan 2 ni, baru ari ni ada mood skit nak menulis...bukan apa...tadi baru dapat tahu suami dapat biasiswa sambung buat PHD.Tu lah kata penantian selama hampir 2 bulan.Start dr 5 Januari,suami dah resah menelefon ke Bhg Poli,KPT,tanya dapat ke tak?suspen sungguh....tp akhirnya...sekarang ni masa pun cepat je berlalu.....TAHNIAH ye En Rafikullah.Semoga dapat buat yg terbaik nanti.

Sebenarnya bagi diri sendiri pun,sibuk je menjelang bln Feb ni,tiap2 sabtu ada je eventnya.this saturday ada merentas desa,pas tu next week ada camp kepimpinan dan next 2 weeks ada mesyuarat pibg.....sibuknya tak terkata...tak siap keje kat sek bawa gak skit balik umah,bila balik umah pening pulak nak menyiapkan byk keje lain...planning sekrg,buat keje kat sek je la.

Tuesday, January 27, 2009

GERHANA MATAHARI




Cik Nini nak cerita lagi.....

Kali ni tentang kejadian alam dan menandakan kebesaran Allah SWT.Pada petang Isnin 26 Jan kira2 4.30 petang berlaku fenomena ini. Kami sekeluarga tidak berkesempatan pergi ke padang depan Masjid Negeri untuk menyaksikan dgn lebih dekat gerhana matahari ini. Dengarnya sembahyang sunat gerhana telah dilakukan.Sayangnya tak dapat sekali bersembahyang.Diri sendiri telah maklum tentang perkara ini ttp tak dapat nak pergi atas sbb2 tertentu.Ustazah di SMKPB beritahu fenomena ini berlaku 19 thn sekali.Bila la lg berkesempatan.....
Ya Allah!Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Atas Setiap Sesuatu.

Walaubagaimanapun ada le beberapa gambar yg blh dikongsi bersama disini.

Sunday, January 25, 2009

SURPRISE DRPD SUAMI

Cik Nini nak cerita lagi......

Dah masuk minggu ketiga sekolah...dan hujung minggu ni boleh cuti lame skit 5 hari.Sek ambik cuti peristiwa sehari. Suami dan anak2 dah sek ari Rabu nanti.

Banyak peristiwa yg berlaku minggu ketiga ni...punyalah takut berlaku sesuatu so suruhlah suami beli 'alat' utk check.Apanya tak de apa pun.Negatif.Suami bising duit 8.00 inggit dia melayang.Hj Bakhil sungguh.Tak delah.Nasib baiklah mood dia baik 2/3 tu...semua keje dia buat termasuklah 'masak'.
Yang paling mengejutkan minggu ketiga ni ialah suami beritahu dia beli periuk utk panggang ayam.Biar betull,,,salah dengar ke?dlm 10 thn kahwin ni rasanya tak pernah le secara sendiri nak beli something utk umi ni.emmm...kita tengok dulu. Hasilnya mlm tu boleh makan ayam panggang yg dimasak cepat dan 'bersih' di atas dapur gas. Bersih tu bukan apa malas nak menyental dapur.

Kami juga dapat makan pizza buatan sendiri sampai 2 kali dlm seminggu.Rasanya puas hati bg kami drpd membazir beli pizza drpd tempat lain.


Mlm td g tidur kat umah mentua.Pg td dptla masak bihun goreng utk sarapan.

Apalah nak masak pulak minggu depan ni(esok)?

Sunday, January 18, 2009

MINGGU KEDUA 12/1 HINGGA 18/1

Cik Nini cerita lagi.....
Assalamualaikum semua...minggu kedua ni kemalasan nak menulis dlm blog mula terasa...ari ni pun rasa tak laratnye....
Minggu ni biasalah masih minggu mesyuarat hingga mak sendiri pun cakap'nak naik pangkat ke?'emmmm.....tak maulah kalau dapat pun...wat camne...seblm mula keje kena tau gak nak wat pe...
Hari Isnin....meeting HEM...tak pasal tambah satu keje lagi.
Hari Selasa break jap...next day pun break..tak dak meeting.
Hari Khamis meeting PPSMI..macam biasa isu negara dibincangkan.
Hari Jumaat mujurlah tak dak meeting tp hari Sabtu kena g sek nak buat gotong royong keceriaan kelas...barang2 tak beli lagi.Terpaksalah ajak org tu g beli brg2 emmmm
Pd 12.00 tgh Jumaat gak terima berita Ketua Bidang Sains dan Math kak Haniliza dinaikkan pangkat ke GPK 1 SMK Bukit Rangin.Seronoknye bg pihak dia.Hanya sethn je jd Ketua Bidang terus naik pangkat.Kakak yg berwibawa.Semoga berjaya Kak Hani.
Hari Sabtu pulak g sek buat gotong royong kelas tp dgn brg yg ciput tu sekejap je la siap.janji dgn budak2 tu ari isnin lak...
Balik drpd gotong royong tu tak sedar pun tak makan lg sampai le menjamah nasi lemak mak pada 12.00 tgh.
Apa lagi perut mula meragam,kepala naik pening...last2 muntah..(opps..sorry yek).
Tulah...sampai ari ni pun masih tak sedap badan..kenapa yek?

Saturday, January 10, 2009

CERITA SEMINGGU-5/1 HINGGA 10/1

Cik Nini bercerita lagi....
Assalamualaikum...
Lamanya tak menulis...hari ni nak bercerita alkisah yg berlaku seminggu terus...
pada 3hb tu haziq g daftar sek tp tak masuk gambar.....
Ini le wajahnya pada hari sabtu.

Pada hari pertama tu,sempat gak ambik gambar dia.Gembira dpt g sekolah.

Tentang maknye pulak....seminggu ni setiap hari balik kul 5.00 ptg.Mesyuarat tu mesyuarat ni...biasalah awal thn ni...

This year for the first time,I teach form 3 science.selama 11 thn ni pun,hampir 7 thn ngajar add math..last2 masuk sek ni kena ngajar sains..terima je la..ada hikmahnya tu....selain tu kalau tak tukar jadual lg mengajar sains form 1 dan math form 2.my optin of course...ictl form 2.

Hari ni pun ada mesyuarat bidang sains dan math.sampai kul 12.00 tgh.Pengetua belanja jamuan tengahari..macam2 ada...sempena dia dpt apc dan pengetua cemerlang...sampai 3 tawaran..hebat bosku ini.

so...seminggu pelbagai kezutan ada....pelbagai berita ada....membuatkan tak sabar menanti minggu depan yang tidak pasti apa ceritanya lagi....