
Itulah entri untuk ari ni(semalam benarnya,12 mac 2011 hari Sabtu). Siapa yang hilang 2 jam tu? Anakanda lelaki yang sorang ni,Riyadh Haziq. Idea membawa dia dan yg lain2 ke Hari Terbuka TUDM pada hari ini memang idea yang baik la bagi kami sbb boleh dia menimba dan melihat perkara baru. Tapi hari ini juga memberi ingatan kepada umi dan abi dia bhw dia tidak boleh langsung berenggang dengan kami.
Ceritanya ialah bila kami pergi seawal 8.30 pagi ke hari terbuka tu sbb ianya dibuka kul 9.Kami ingat dah awal rupanya ramai lagi yang awal. Bila masuk ke sana,kami tengok la pameran d beberapa khemah sebelum teruja dgn pertunjukan flight d udara. Bila nak join je dan g dekat lagi,haziq dah meluru ke depan.Uminya ingat tak pela jap lagi dia cari kami kat belakang ni.Lepas beberapa belas minit tak nampak dah dia sbb kami pun beralih posisi. Kami pun cari la sambil dok tengok lagi pertunjukan ni.Cari hampir sejam dan org pun semakin ramai,abi dia mula tak sedap hati.G cari kat keta tak de pun.Cari lagi sehingga abi,baby,hida dan hasanah terus tunggu d keta.Umi nya yang cari lagi sampai jumpa la beberapa org yg dikenali di situ dan tak terkata apa2 sbb dok risau lagi ni.Lastnya buat announcement kehilangan anak,malunya kat staf TUDM, yang sedang sibuk menunggu kehadiran Sultan Pahang utk majlis perasmian.Ada bebrapa org lagi parents yang hilang anak. Lepas 2 kali announcement abi telefon beritau haziq sambil memegang pamplet yg dapat d pameran dok tersengih g ke kereta.Lega dan alhamdulillah,syukur. Geram tu usah kiralah.Dia relaks je. Sampai kat rumah tanya lagi ,dia kata dia tak nampak ramai sangat orang dia pun tunggu kat kawasan pameran.Tengok dah lama sangat dia g masuk tengok pameran dalam bangunan yg sahihnya umi dia payah nak nampak. Dia asyik dengar penerangan pasal flight dan macam2 lagi. Emmm...dia seronok dengar,.yang kami ni sambil tengok show udara sambil cari dia.
Pengajarannya,.umi, abi lain kali..ingat jangan lepas pandang langsung kat haziq tau.Tapi itulah ketentuanNya pada hari ini,.
*****12 MAC 2011 Selamat Hari Lahir Mak, Semoga dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan dan diberi kesihatan yang baik,Insyaallah.....******(Hari lahir mak Nini)
Sunday, March 13, 2011
HILANG 2 JAM
Posted by NINI at 3/13/2011 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Thursday, February 3, 2011
2011-1st entry
Alhamdulillah setelah 2010 berlalu,ari ni 1st time entry,nampak sangat boringnya nak menulis sbb tajuk pun dah tak tau nak tulis ape.
pertama...nak ceritaanya my hubby rafik dah tak tinggal d pantai dalam lg tp dah masuk ke asrama 5 mulai lepas bulan 1 ni.this 2 weeks study kat rumah je sbb appointment anak d hospital & cuti raya cina hingga ahad ni. walaupun begitu kesetiaannya membaca....dan terus membaca tetap la hinggakan dah tak de time yg proper.alhamdulillah setakat ni dah faham kenapa pelajar phd kena buat begitu kalau nak habis dlm 3 thn.
(atas permintaan:gambar bersama prof dr siddiq baba masa ada kelas di uiam gombak)
keduanya..cerita anak2,raudhah hidanah dah masuk tadika seri kreatif yang lebih banyak tumpuan kepada akademik.nampak banyak improvement berbanding masa kat tadika kemas.(yelakan yuran cecah rm 500).petang pulak dah ke kafa al ubudiah,taman guru.
raudhah hasanah dah masuk tahun 5 dan tahun ni ambik periksa upkk d kafa.riyadh haziq dah masuk tahun 3.dah mula sibuk dengan kokurikulum.tanya kat umi nak masuk tunas kadet remaja la...pengakap la....lagi2....suruh masuk pbsm tak nak pulak..
ketiganya....baby raudhah hasya dah masuk 5 bulan 9 hari ....dah boleh meniarap dan melungsur ke depan dan ke belakang.yang tak tahannya asyik nak berdukung.


Posted by NINI at 2/03/2011 0 comments
Sunday, December 12, 2010
Birthday Boy

Salam Maal HIjrah untuk semua drpd kami di KL ni.
Ari ni dah ari ke 11 kami kat KL.
Alhamdulillah hida dah sihat,bolehlah kami jln kat KL ni.
Cuma ari ni nak cerita pasal birthday boy je la dulu.
Semalam pra hari lahir haziq, kami g KL Central dan ke Planetarium.Sebelum sampai ke tempat2 tu macam2 jd malas le nak cite kat sini.Yg penting Haziq suka dan seronok.
(Di Planetarium)
Hari ni kami g UM je main badminton dan aktiviti dgn anak2.(Gambar upload kemuadianle)
To Haziq,semoga Allah SWT mempermudahkan usaha agar berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Insyaallah.
Posted by NINI at 12/12/2010 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Wednesday, December 1, 2010
DESTINASI YANG SAMA
(ini gambar masa g KL jun lalu)
Kami sekeluarga ke KL lagi hari ini.Walaupun plannya pukul 8 tapi dah bertambah ahli ni makin lambat la bergerak hampir pukul 12 baru boleh gerak. Alhamdulillah hidanah dah semakin cergas hari ni yg membolehkan kami buat keputusan utk teruskan plan ke KL.(Cuma hida perlu diberi perhatian,tak leh terover cergas sbb badan masih nampak lemah tapi budak2 bukannya boleh kata jangan,kalau nak melompat sana sini,sesuka hati dia je). Plan ke Kl dah dibuat lama dan anak2 dah excited nak ke KL(ke rumah abi dia)pdahalnya dlm thn nni saje setiap kali cuti penggal destinasi tetap ialah KL(Taman Bukit Angkasa).
Sampai je kat Bukit Angkasa ni,ada seorg pengawal tegur'mana plat kereta?''Ha!'rafik terpinga2.Rupanya tak sedar bilalah plat kereta leh tercabut,kami tak sedar masa meredah air yg banyak atas jalan raya akibat hujan lebat tadi sbbkan plat kereta tercabut. Maknanya kereta pun nak plat baru le tu dan made in KL pulak tu.(Gambarnya insyaallah semula kay)
Posted by NINI at 12/01/2010 0 comments
Labels: Peristiwa
Tuesday, November 30, 2010
MASA UTK MENULIS LAGI
(Gambar masa sakit tak ambik sbb tak sempat nak pegang kamera)
Hari ni 30 hb 11,hampir setahun tak menulis jadi alhamdulillah mood ni datang kembali.Setahun....pelbagai perkara berlaku..suka,duka, pahit dan manis.Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan utk menulis lagi di sini untuk kenangan kepada diri sendiri dan keluarga yang tersayang.
Semlm, nini dan suami hampir seharian(start kul 10.30 hingga 3.30 ptg) di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) kerana Raudhah Hidanah yang sakit kawasaki.
Raudhah Hidanah disahkan sakit kawasaki pada tahun 2008 setelah genap 3 thn,masa tu kami satu family masih terpinga2 apalah jenis sakit ni.Permulaaannya demam selama 5 hari,kami mula2 bawa dia ke KMC,kebetulan kami g ari Ahad setelah demam start ari Khamis.Doc kata bukan demam biasa jadi dia suruh mari hari Isnin laks. Kami pergi semula pada ari Isnin doktor pakar kata ESR dia naik hingga 79(normal utk female 0-7)setelah check darah.Dia nasihatkan kami ke HTAA sbb ubatnya cecah ribu2. Lastnya kami ke HTAA.Suami dan mak nini yg bawa hida.Tunggu punyala lama,akhirnya masuk wad CCU utk masukkan gamma globulin. Tau sampai kul berapa sampai kul 2.oo pagi baru abis berbotol2 tu. Setelah 4 hari masuk wad(nini terpaksa abiskan cuti yg ada dan simpati doktor pakar yg faham cikgu ni payah kalau cuti emergency lama2 ni), hida ok. Sakit ni bukan saja demam berpanjangan(> 5 hari) tetapi akan keluar tanda bintik2 di tangan,kaki dan badan.Badan akan sakit2.Bibir jadi merah menyala dan lidah pun merah.Yg paling takut ialah ia akan sbabkan serangan jantung.
Kawasaki biasanya tak berulang jadi bila Hida demam start Sabtu 20hb tu kami andaikan demam biasa jadi suami teruskan plan g KL utk keje2 belajar dia tp demam hida tak kebah hingga isnin.Adik nini bw g klinik pakar d jalan beserah,makan ubat lg.hinggalah pd ari khamis,suami balik gak bawa hida ke KMC utk check darah.ESR naik ke 20 semula walaupun bulan lepas checkup esr dah 15.Doc pakar suruh makan ubat lagi sbb katanya ESR bukan saja boleh sbbkan kawasaki saja,tetapi sakit lain juga.Masuk 3 klinik hida pun dah muak makan ubat. Cuma bila dah dipujuk abi dia barula mencari ubat pulak(kalau tak baik demam tak leh ikut abi g Kl). Hari Jumaat demamdah ok tapi kulit jari hampir semua gelupas yg sbbkan nini dah rasa tak senang duduk pulak semula sbb tanda2 kawasaki hampir semuanya sama.Last2 kami decide g HTAA utk advancekan temujanji dgn doc yg sepatutnya pada 14hb 4 nanti.Oleh kerana hida tak demam maka kami boleh balik le semlm dgn hati lega(sementara).
Info about kawasaki:
Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.
Posted by NINI at 11/30/2010 3 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Friday, December 18, 2009
TAHUN BARU HIJRAH 1431
Syukur alhamdulillah setahun sudah berlalu...semalam masih berkesempatan membaca doa akhir thn dan awal thn.
p.s: Sempena thn baru hijrah ni...tukar title....
Posted by NINI at 12/18/2009 0 comments
Labels: Peristiwa
Thursday, December 17, 2009
HOME VERY SWEET HOME
Alhamdulillah kami sampai umah dlm pukul 4.15 ptg td. Seronoknye rasa dapat balik rumah setelah 12 hari 11 malam di Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam,KL. Bukan tak seronok kat KL tu tp ye la dok umah sendiri rasa lebih nyaman.....(boleh buat apa yg kita nak).
p.s: lupa nak add skit sini.....utk kengkawan yg menjemput dtg ke umah...maaf tak dpt nak penuhi sbb faham2 je la teman org belajar ni..kena ikut time dia le.insyaallah ada ketika sampaile ke umah nanti.
Posted by NINI at 12/17/2009 0 comments
Labels: CERITA ARI INI


