Syukur alhamdulillah setahun sudah berlalu...semalam masih berkesempatan membaca doa akhir thn dan awal thn.
p.s: Sempena thn baru hijrah ni...tukar title....
Syukur alhamdulillah setahun sudah berlalu...semalam masih berkesempatan membaca doa akhir thn dan awal thn.
Posted by NINI at 12/18/2009 0 comments
Labels: Peristiwa
Alhamdulillah kami sampai umah dlm pukul 4.15 ptg td. Seronoknye rasa dapat balik rumah setelah 12 hari 11 malam di Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam,KL. Bukan tak seronok kat KL tu tp ye la dok umah sendiri rasa lebih nyaman.....(boleh buat apa yg kita nak).
Posted by NINI at 12/17/2009 0 comments
Labels: CERITA ARI INI
12hb Disember 2002 - 12 hb Disember 2009........7 thn
Riyadh Haziq dah berumur 7 thn pada hari ni....walaupun rakan sebayanya semuanya dah lama celebrate hari lahir yg ke 7 tp haziq lambat skitle sbb dia lahir di hujung tahun ni.
Oleh kerana kebetulan kami kat KL ni so td kami pegi Midvalley...bawa g jalan2 sambil makan.Teruja gak dia dan kakak dan adiknya sbb dapat naik bas RapidKL. Selama 7 thn ni rasanya inilah pertama kali dia naik bas...apa lagi seronok teramatlah tu...tak nak kongsi seat..samaje dgn adik dia...
Alhamdulillah...dalam setahun dia bersekolah...dia cepat sesuaikan diri dan tak banyak masalah ...cuma taulah anak lelaki...tak nak mengalah nye dgn kakak or adik...senang cerita dgn org pompuan le....ye ke haziq....
Apapun riyadh haziq .....umi doakan yang terbaik untuk haziq....di dunia dan di akhirat.....insyaallah
we love u always....
p.s:gambar ada tp take time to upload....next...
Posted by NINI at 12/12/2009 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Salam.....Nini dan famili kat KL di Taman Bukit Angkasa.Tak terkejut sangat pun bila sampai sini sbb dulu masa study pernah dtg sini ziarah kengkawan dok d sini. Banyak gak perubahannya.. Lagipun En Rafik dah bagitau awal2....Dah masuk 2 hari kat sini..rasa ok sbb kedai semua ada kat sekeliling umah je..byk pilihan..
Sebenar alkisahnya..pada hari Sabtu ari tu hujan sangat lebat sehingga penuh longkang depan umah...sampaikan jiran2 ramai yg keluar berpayung nak tengok keadaan di kawasan umah. Bila dah tengok keadaan macam tu...jadi ke tak ke KL ni.tp dah janji dgn suami nak 'teman' dia g belajar kat UM ni. Alhamdulillah menjelang petang...hujan dah tak lebat dan air d longkang pun surut.
Jadi pada pagi Ahad 6 Disember(rancang kul 8.30 last2 kul 10.00 baru le gerak) kami ke KL. Tanpa byk perhentian kami sampai d Tol Gombak pd pukul 1.30 tgh. Suami tak confident sangat jln kat KL ni tapi last2nye kami redah ikut jalan ke Bangsar....sesat jugak...alhamdulillah berjaya sampai d Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam jam 2.30 ptg.
Ari kedua dok sini g jalan2 kat kedai bawah je sambil beli ikan dan brg keprluan. Plannya esok..hari Rabu baru nak ke UM dan SOGO.Suami pun off sehari..dah dapat greenlight dr penyelia dia...
Posted by NINI at 12/08/2009 0 comments
Labels: CUTI KELUARGA
Esok...sampai masanya broadband nak ke UM semula. Tak pe...insyaallah next week kami akan pergi bersama2 ke UM. Ala2....sekali dgn cuti2 1 Malaysia....
Posted by NINI at 11/29/2009 0 comments
Posted by NINI at 11/27/2009 0 comments
Labels: Peristiwa
Alhamdulillah ari ni nak kongsi kegembiraan dgn yg sudi singgah di sini. Lama tak entry sbb broadband ni dah tukar alamat ke UM....sebenarnya sbb broadband dan laptop dibawa sepanjang minggu ke UM.Hanya pulang pd hujung minggu.Ditambah dgn 'M' dan saje22 sibuk.Faham2 jelah.
Pada 15hb November,SK Permatang Badak adakan Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum dan KoKurikulum.
Haziq yang keletihan menunggu lama utk terima hadiah.
At last,haziq terima hadiah Matapelajaran Terbaik(B.Inggeris)
Hasanah dgn kawan2 dia.
Giliran Hasanah terima hadiah...
1. Nombor Dua di Kelas 3 Adil
2. Matapelajaran Terbaik(Agama Islam)
Syukur....alhamdulillah dua2 dah dapat hadiah....Hida bila nak dapat yek...insyallah..nanti...
###################################################################
Hasanah terima hadiah. Sebelah tu lah hadiah...alhamdulillah.
Semasa balik dr penyampaian hadiah.
Anak2.....teruskanlah usaha.Insyaallah Allah SWT akan limpahkan kejayaan kpd yang berusaha. Namun kejayaan ini tak akan kekal seandainya kita leka dan tidak bersyukur.....Posted by NINI at 11/16/2009 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Agak lama tak entry......
Alhamdulillah semua umat Islam telah merayakan hari kemenangan sebagai seorang hambaNya dlm menunaikan ibadah puasa tahun ini.
(Kat umah...sebelum dan on the way ke masjid)
Seperti tahun sebelumnya....kami beraya di sini je..kampung Nini dan suami dekat2 je. Sejak arwah bapa mertua tiada(masuk tahun ke3) kami beraya di sebelah umah Nini dulu sbb mak mertua beraya di umah abang ipar di Sg Karang. Biasanya kami pergi sebelah petang.
Masa hari raya ni macam2 ragam anak2.Nak main bunga api le...Mula2 takut lepas tu abis berbatang2. Keletihan beraya sampai tertidur dan suka sangat dapat jumpa sepupu(anak abang ipar di Sg Karang).
Posted by NINI at 10/04/2009 0 comments
Labels: Hari Raya Aidilfitri
Salam aidilfitri untuk semua...................
Ramadhan telah berlalu...kesedihan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan.
Sebenarnya hari raya yang hakiki bagi seorang hamba Allah SWT ialah apabila seseorang yang dpt akhirkan hayatnya dengan kalimah syahadah, apabila seorang yang diterima amalannya,apabila seorang yang dapat menghadapi titian sirat dengan jayanya dan apabila seorang yang dapat masuk ke syurga ( petikan perkongsian minda pendengar Radio IKIM ). Walaubagaimanapun sama-samalah kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa keinsafan, kesyukuran dan semoga amalan kita sepanjang Ramadhan thn ini diterima oleh Allah SWT.
Maaf Zahir dan Batin di alam maya ini.
Posted by NINI at 9/20/2009 0 comments
Labels: Hari Raya Aidilfitri
Istimewa utk suami .......selamat hari lahir ke 36 pada hari ini-12/9. Semoga Allah swt memberkati kehidupan dan mempermudahkan segalanya.
Cuma ari ni ucapan ini melalui online je sbb empunya badan tak de.Ada replacement class Phd di UM,KL. Walaupun seminggu lagi nak raya....masih tetap lecturer nak buat class.
Alhamdulillah suami dpt sambung Phd (full time)under Poly+MOHE+JPA start last month.Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan cita-cita hingga berjaya.
Posted by NINI at 9/12/2009 0 comments
Labels: Suami
Salam ramadan buat semua........
Ramadan datang lagi thn ini...alhamdulillah...penuh rasa kesyukuran yang sukar diungkapkan oleh kata2 dan perasaan.
Marilah sama2 kita manfaatkan Bulan Ramadan thn ini dengan sebaik2 amalan.
Kalau dulu kita kurang sembahyang sunat maka kita mula perbanyakkan solat sunat di bulan Ramadan ini.Kalau dulu kita jarang membaca Al-Quran maka mulai Ramadan ini kita memastikan setiap hari kita cuba memahami ayat Al-Quran walaupun satu ayat.
Pendek kata di bulan ini kita cuba melatih diri untuk menghidupkan rohani, mendekatkan diri pada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.Insyaallah.
Posted by NINI at 8/23/2009 0 comments
Labels: Ramadan 1430 Hijrah
Rasanya sesuai tak tajuk entry ni.Tapi itulah yang nak dientrikan ini setelah berminggu-minggu tak entri ke blog ni.Dlm berminggu-minggu ni banyak peristiwa yang berlaku...cuma peristiwa yang berlaku sampai double peristiwa yang lebih kurang sama berlaku.Pertamanya dlm awal bulan ni...kami sekeluarga dikejutkan dengan berita adik ipar nini 'dinaikkan pangkat' ke Kota Bharu.Tapi rasanya mustahil nak terima tawaran tu sbb adik terikat dengan kejenya di sini.Dengarnya ada unsur sabotaj gak...tak tau le nak cakap....akhirnya adik ipar mohon berhenti walaupun berat hati sbb dah 15 thn berkhidmat dgn syarikat tu. Hidup ini ibarat roda,,...adakalanya kita akan berada di atas tetapi adakalanya kita akan berada di bawah....Insyaalah ada rezeki di tempat lain.Ibarat kata bekas GPK 1 SMK Hamzah,Machang,...jika kita dah berada di zon paling selesa...kita berasa amat sukar untuk merubah kedudukan kita walaupun itu untuk kebaikan kita.Peristiwa yang lebih kurang sama juga berlaku pada teman rapat nini. Rasanya kalau nini berada pada tempatnya...akan bertindak yang sama kut...majikan tidak berbincang bila terdapat perubahan yang nak dilakukan.Rasanya perbincangan akan meredakan hati semua pihak.Cubalah rasa bila kita berada pada tempatnya.Bila suka ambil,bila tak....Nini sangat harapkan kalau nini diduga sedemikian...nini akan tabah dan dapat menghadapinya........
Keduanya.....pada hari Selasa 2 minggu lepas,pergi ziarah isteri kawan baik suami kat HTAA...doktor suspect ada batu karang dalam hempedu....simpati kat dia sbb suami dia dah sambung PHD sepenuh masa di UTM,Johor dan mak ayah kat Kuala Lipis. Dengarnya minggu depan nak buat laser kat KMC. Tunggu kat HTAA lambat sangat. Dlm minggu yang sama dengar pulak suami kak Ina nak kena buat pembedahan kesan batu karang dlm hempedu gak.Sampai hari ni kak Ina masih MC. Rasa terkejut tu bila lepas pembedahan,suami kak Ina kena masuk ICU sehari. Alhamdullillah...sekarang kat wad biasa. Dlm beberapa hari ni dengar pulak kak Ani sakit kat HTAA.
Bila dengar semua yang berlaku...rasa beratnya......apatah lagi yang menghadapinya.Kami pun diduga juga...cuma bila muhasabah diri semula...adakah dugaan yang kita hadapi ini berat berbanding dengan dugaan yang dihadapi oleh orang lain....
Dugaan yang dihadapi oleh setiap insan itu adalah atas kemampuan masing-masing cuma nini selalu berdoa agar nini diberi sepenuh kekuatan untuk menghadapinya.
Ada juga teman yang nasihatkan bila hadapi dugaan...baca Surah Al-Insyirah.
Posted by NINI at 7/22/2009 0 comments
Labels: Luahan Hati
Sebenarnya tak le meraikan hari bapa ni...sbb setiap hari adalah hari yang istimewa. Cuma nak buat beberapa aktiviti bersama anak2 je dan memenuhi permintaan anak2 yang lebih advance drpd kita. Kena ingatkan jugak kat anak2 ni bahawa yang penting ialah sampaikan kasih sayang yang sebenarnya kepada abi mereka. Jadi kami pun buat muffin cokelat bersama2. Semalam g beli 6 btg pokok untuk menambah kehijauan di rumah ni atas permintaan abi. Mlm tu pulak sekeluarga ke Restoran Sate Zul. Makan sate di samping menu kesukaan masing2.
Posted by NINI at 6/21/2009 2 comments
Labels: HARI INI
Siapa pernah dengar title ni kat mana2.Bagi yang pernah pegi ke Petrosains inilah 'tagline' yang digunakan semasa nak entry.
Selepas pegi zoo,kami g check in ke Ancasa Hotel dlm pukul 4.00 petang.Alhamdulillah sampai sebelum abis waktu keje kalau tidak.....itupun follow terperinci kereta adik,takut tersesat.
Malam tu.... 3 org anak ni ditinggalkan kat mak sbb kami nak g shopping ke Sogo.Kami g berlima je.Kalau bawak tak tau le....Best...ada sale..ada sepasang 2 untuk anak2.Tak sempat sakan nak shopping sbb g kul 8.00 balik kul 9.30 sbb tutup 9.30 mlm.Tapi oklah..berpada2 nanti yang tak dirancang pun abis g beli.
Posted by NINI at 6/12/2009 4 comments
Labels: CUTI KELUARGA
Ari ahad lepas 24hb Mei,kami sekeluarga dapat berjumpa lagi saudara mara sempena perkahwinan sepupu(anak sulung adik perempuan mak yang bungsu).Masa ni lah nak berjumpa....
Posted by NINI at 5/28/2009 0 comments
Labels: FAMILY
Nini nak kongsi apa yang berlaku dlm 2-3 ari ini.Semua dah tahu 16 Mei thn ni jatuh pada ari Sabtu.SMK Paya Besar anjurkan LADAP(Latihan Dlm Perkhidmatan).Ceramah yang diberi hingga pukul 1 tgh tu sangat menarik dan ada kesannya.
(Diambil drpd blog SMK Paya Besar)
Pada hari ni...kami sambut Hari Guru dan meraikan persaraan Kak Nab. Walaupun baru 3 thn di SMK Paya Besar tp bila adanya perpisahan kita akan rasakan kesedihannya. Kak Nab adalah idolaku dan inspirasiku agar sabar semasa mengajar Sains terutama ngajar form 3 thn ni. Kami raikan kak Nab di sekolah dan di hotel Mega View pada petangnya.
p.s: Semoga kak Nab sentiasa gembira di alam persaraannya.
(Diambil drpd blog SMK Paya Besar)
(Ini drpd blog Kak Ida)
Posted by NINI at 5/18/2009 1 comments
Labels: HARI INI
Hari ini 16 Mei 2009......Hari Guru......
Antara sajak yang tersohor untuk guru.......
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guru2ku dan rakan2 guru tercinta)
Dialah pemberi paling setia.
Tiap akar ilmu miliknya.
Pelita dan lampu segala.
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat.
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat.
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara.
Jika hari ini seorang penulis terkemuka.
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya.
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota.
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu.
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa.
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu.
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat.
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Asal:
Usman Awang
1979
p:s:
Untuk semua guru......
Semoga kita sentiasa tabah dan sabar dalam mendidik anak2 murid agar berjaya di dunia dan akhirat.Insyaallah.......
Posted by NINI at 5/16/2009 3 comments
Labels: HARI GURU
Posted by NINI at 5/11/2009 0 comments
Labels: CERITA ARI INI
Ari ni pagi2 lagi hasanah menyorokkan sesuatu...emmm apa tu....rupanya nak bagi kad kat umi.....Selamat Hari Ibu...tengok le hasil nukilan budak 9 thn..
Posted by NINI at 5/10/2009 0 comments
Labels: ANAKKU SAYANG
Itulah......tak tau dah kali ke berapa tukar template ni....nini ni memang le suka sangat nak menukar.....dan tukar...dan oleh itu ada alasan tak masukkan macam2 widget dlm blog ni.insyaallah lepas ni tak teruskan tabiat ni...kalau dulu..masa suka tulis dlm diari...tak dan sethn tukar diari lain...(itupun kalau dpt lebih drpd satu diari free).
Posted by NINI at 5/07/2009 0 comments
Labels: TEMPLATE
Syukur...alhamdulillah....mak dah ok cuma kena makan ubat dan check 'kestabilan gula' setiap ari.Dah pandai cucuk sendiri....
Posted by NINI at 4/27/2009 0 comments
Labels: BONDA
Hari Sabtu (18/4/2009)
Pagi...kami sekeluarga ke Taman Kejiranan dekat Annexe,Kuantan untuk 'jogging'.Best gak g situ tp tak bw kamera.No picture...Kebetulan tak bw hset.Lepas jogging,sampai kat umah banyaknye miss call.Rupanya mak call byk kali nak pegi Kuantan Medical Centre(KMC). Nini dan adik2 dlm dilema nak hantar mak ke KMC atau tidak...Mak mengadu sakit perut dah beberapa hari. Badan dah susut daripada 110 kg kepada 95 kg.Dah tak makan nasi selama beberapa hari.Mlm tu pujuk juga pegi tapi tak nak lagi....
Hari Ahad(19/4/2009)
Arini mak kata ok sikit so kami yang dah berjanji dgn riyadh haziq nak pergi ke sukan tahunan SKPB.....ikut jela kemahuan dia.
Haziq berjalan ke padang
Han dgn anaknya dan anakku
Anak-anak............
Hari Isnin(20/4/2009)
Tanye mak seblm g sek....ok mak ari ini.....ok...
Minggu ni giliran Nini dan 2 org rakan lg bertugas di sek.Biasalah bila bertugas.....banyaknye nak kena buat...kami dah bahagi keje....
Dlm pukul 11.00 pg...ada call...mak kata nak g KMC...dah tak tahan. Dengan harapan cepat sembuh,nini dan ina(adik ipar) antar mak ke KMC.Kalau kita sanggup lakukan apa sahaja untuk anak2 kita....kenapa tidak kepada mak....
Hari Selasa(21/4/2009)
Mak beritahu doktor nak buat endoskopi(nak tengok kenapa perut sakit).Doktor juga maklumkan buah pinggang mak boleh bertahan selama beberapa thn lagi.Lepas tu kemungkinan kena buat hemodialisis. Petang mak beritahu perut sakit sbb gastrik berdarah.
Hari Rabu(22/4/2009)
Mak dah boleh balik ari ni.Cuma kena pantang makan.Boleh makan oat untuk sarapan.Tak boleh makan pedas dan macam2 pantang makan yg lain..Semoga mak cepat sembuh....
Posted by NINI at 4/24/2009 0 comments
Labels: BONDA
Inilah wajah penyejuk mata
Posted by NINI at 4/17/2009 0 comments
Labels: Luahan Hati
Hari ni...banyak yang telah disedari iaitu.....bila ditinggal sendiri....semua benda kena buat sendiri..alhamdulillah telah dapat belajar sesuatu daripadanya..
..
Baru kini boleh upload award from shidah.THANX.
Posted by NINI at 4/15/2009 0 comments
Labels: HIKMAH
Cik Nini nak sambung cerita lagi.....
Posted by NINI at 3/28/2009 2 comments
Labels: CERITA ARI INI